apabila saya cuba membuat carian kata, saya mendapat error : The service is unavailable. Ini telah berjlanjutan sejak pagi tadi. | Sehingga kini tiak ada masalah dalam laman web kami, carian data dapat dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 19.09.2013 |
selamat sejahtera. perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar. Dua hari lepas saya tanya adakah perkataan yang berhuruf besar dalam tiga ayat tesebut sesuai untuk penggunaan ayat tersebut.Tuan/Puan kata ia tiak sesuai. Saya telah baca ayat in dalam majalah Dewan siswa yang diterbitkan oleh DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.Tajuk malah ini ialah TIPIS NILAI KASIH SAYANG.Ayat-ayat tersebut telah diambil daripada tajuk pencemaran sungai.Jadi bagaimana perkataan tersebut kurang sesuai untuk ayat tersebut. Mohon penjelasan. Terima kasih | Kami berpandangan dalam penulisan umum, penggunaan kata umum tanpa maksud tersirat/puitis lebih sesuai kerana mudah difahami. Sementelahan pula pelajar digalakkan membina ayat yang mudah difahami. Penerbitan majalah Dewan Siswa, berkemungkinan mengambil pendekatan menggunakan perkataan yang mengandungi maksud tersirat/puitis dalam rencana terpilih bagi tujuan menarik minat pembaca. | Tatabahasa | 14.07.2016 |