| Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara China | Slmt ptg. 1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina. 2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China. Sekian, terima kasih
| Lain-lain | 07.03.2016 |
| Salam tuan, Kemusykilan saya ialah : i) penggunaan 'banyak' dan 'ramai'. Saya telah banyak membaca kenyataan tentang fungsi penggunaan kata bilangan ini tetapi kurang faham. Saya amat berharap tian dapat permudahkan lagi penjelasan. ii) penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah' - murid saya sering bertanya akan penggunaannya tetapi saya sekadar menjawab apa yang saya tahu. Justeru, saya mengharapkan penjelasan terperinci daripada tuan. Terima kasih. | i. Perkataan banyak dan ramai boleh digunakan untuk orang. Banyak menunjukkan bilangan orang manakala ramai menunjukkan suasana ketika itu. Contoh ayat: Banyak orang menyertai peraduan itu. Orang menyabung terlalu ramai. ii. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama. Contoh: Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah kemiskinan. kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh: Sumbangan besar beliau adalah dari segi bantuan kewangan. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263 | Istilah | 14.07.2009 |