Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”. Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II, 2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama. Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama. Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157. | Lain-lain | 05.06.2025 |