Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bezanya analisa dan analisis, yang mana betul dan sebabnya? malaikat, apakah jantinanya?Perkataan/ejaan yang betul ialah analisis. Analisa ialah ejaan lama.  

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka.

Tatabahasa14.03.2013
apakah maksud pincangan?Perkataan pincangan tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir ialah pincang iaitu tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sebagai yang sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yang kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya); memincangkan menyebabkan pincang: beramal tanpa ilmu boleh merosakkan diri dan berilmu tanpa amal akan ~ hidup; kepincangan 1. perihal pincang: sebetulnya ~ ekonomi dan sosial di Eropah menyebabkan separuh negeri di sana condong kpd komunis; 2. keadaan yg tidak seimbang atau tidak sbg yg sepatutnya, kekurangan, cacat cela.Makna01.02.2013
1. tidak termakan oleh saya ... 2. tidak saya termakan ... 3. tidak saya makan ... adakah ketiga-tiga ayat pasif di atas jugalah betul? terima kasih.Ayat pasif " tidak termakan oleh saya" dan "tidak saya termakan" adalah betul.Tatabahasa12.08.2013
Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? 1) Nasril jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis. - Mana satu yang lebih tepat?jarang pulang ke kampung atau jarang-jarang pulang ke kampung? 2) Ali risau kerana rambutnya sudah jarang.Betul ke penggunaan jarang dalam konteks ayat tersebut?Jarang bermaksud: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap, 2. tidak lebat, tidak padat; dan 3. sama maksudnya dengan jarang-jarang, iaitu tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim. Berdasarkan huraian tersebut penggunaan kata jarang dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun apabila hendak menggambarkan maksud tidak kerap lazimnya perkataan jarang-jarang yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
Tatabahasa30.04.2013
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat.
Makna30.04.2013
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan “jangan pernah” dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan.

Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali...

Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
Tatabahasa17.01.2013
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
Perkataan bagi Political Marketing di dalam bahasa Indonesia adalah Marketing Politik, tetapi saya tidak jumpa bagi bahasa Malaysia. Saya tidak pasti sama ada persoalan saya ini akan dijawab di sini, tetapi tidak salah saya mencuba. Mohon perkataan bahasa Malaysia bagi political marketing. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "political marketing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "marketing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pemasaran dan "political" yang padanan bahasa Melayunya ialah politik. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemasaran politik.Istilah22.02.2013
12345678910...

Kembali ke atas