1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”. | Tatabahasa | 30.01.2024 |
Saya diam Saya senyap Apakah perbezaan di antara dua ayat di atas? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 526 dan 2056, “diam” bermaksud tidak bercakap, tidak bersuara atau tidak berbunyi manakala “senyap” bermaksud tidak riuh, tidak bising, tiada gangguan suara atau bunyi, dan sebagainya; sepi. | Makna | 31.12.2024 |
Harganya tidak seberapa mahal. Harganya tidak berapa mahal. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Harganya tidak seberapa mahal." | Tatabahasa | 07.02.2024 |
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK | 1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat. 2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam. 3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan. | Tatabahasa | 08.10.2023 |
Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus? | Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut: rotan... tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga; dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013): rotan... tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga; Contoh penggunaan: Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna. | Lain-lain | 02.09.2023 |
Boleh atau tidak frasa kerja tidak mempunyai subjek yang tersembunyi seperti ayat , "Azizah,ceraikan kau." Yang mana, kata ganti diri pertama disembunyikan daripada disebut oleh pelafaz. adakah boleh diterima penggunaan bahasa tersebut. Pada sekilas pandang seolah-olahnya Azizah telah menceraikan kau, sedangkan pelafaz bermaksud untuk menceraikan Azizah . | "Azizah, ceraikan kau." Ayat ini tidak sempurna, pengguguran kata menjejaskan struktur dan makna ayat. Walau bagaimanapun, aspek lain, seperti hukum agama (jika berkaitan) perlulah dirujuk kepada pihak yang berwenang. | Tatabahasa | 01.12.2023 |
Betulkah ayat ini : Hadi harus tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan. | Ayat yang betul ialah Hadi sepatutnya tidak sombong dengan rakan-rakannya yang tidak berkemampuan. | Tatabahasa | 08.04.2023 |
1. Saya tidak suka lagunya yang lain 2. Saya tidak suka lagu-lagunya yang lain 3. Saya tidak suka lagunya yang lain-lain Antara tiga ayat di atas, mana satu yang betul? Apakah beza antara perkataan “lain” dengan ”lain-lain?” | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1215, perkataan lain bermaksud berkenaan hal dan keadaan dan lain-lain yang tidak sama. Lain-lain pula bermaksud yang seumpamanya atau yang seterusnya. Oleh yang demikian, ayat pertama, "Saya tidak suka lagunya yang lain." betul dan sesuai digunakan. | Makna | 20.01.2025 |
Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul, penggunaan "dari" dan "daripada" yang digunakan? Ayat: (1) Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. (2) Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: i. Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun. ii. Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. | Tatabahasa | 21.01.2025 |
Adakah ayat ini betul dari segi ejaan paku pakis (sama ada perlu huruf besar atau tidak)? --> "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis" | Jawapan yang betul berdasarkan cadangan ayat yang diberikan ialah "Kebanyakkan tumbuhan yang tidak berbunga adalah paku pakis". | Lain-lain | 12.09.2022 |