Betulkah penggunaan ayat ni: Nyahaktif | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan. | Istilah | 17.08.2011 |
Assalamualaikum w.b.t. Betulkah penggunaan ayat ni: Nyahaktif | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan. | Istilah | 17.08.2011 |
Assalamualaikum w.b.t Betulkah penggunaan ayat ni, "Nyahaktifkan penyelamat skrin pada komputer anda"? Terima kasih. | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan pada ayat tersebut asalkan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Istilah | 17.08.2011 |
assalammualaikum. saya ingin bertanya. pada tahun 2000 hingga 2005, saya adalah merupakan penyumbang luar bagi ruangan seni lukis/tampak dalam majalah Dewan Budaya. Tetapi sejak 2 tahun lepas saya tidak aktif lagi disebabkan baru memulakan kerjaya sebagai guru. Kini saya ingin bergiat semula dalam bidang penulisan sebagai penyumbang luar majalah Dewan Budaya. Saya ingin tahu apakah syarat-syarat dan peraturan untuk bergiat dalam penulisan ini. Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan. Sekian terima kasih. | Waailaikummussalam. Memandangkan tuan telah biasa menyumbang makalah untuk Dewan Budaya, teruskanlah. Tidak ada syarat atau peraturan baharu. | Lain-lain | 24.09.2007 |
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32) | Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.06.2009 |
sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitif | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. | Makna | 23.08.2006 |
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah. | Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap | 1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif. 2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif. 3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif. 4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap. 5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif. 6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif. 7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
ayat aktif: Ali baca buku ayat pasif: Buku dibaca oelh Ali soalan; kenapa apabila ayat aktif ditukar kepada ayat pasif perlu ditambah dengan perkataan 'di' dan 'oleh'? apakah fungsi 'di' dan 'oleh' dalam ayat tersebut? terima kasih. | Dalam ayat pasif, "di' sering diikuti oleh kata "oleh" bagi membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh ayat aktif yang saudara sertakan adalah menyalahi dari segi tatabahasa kerana tidak meletakkan awalan meN-. Ayat yang betul ialah Ali membaca buku. | Tatabahasa | 17.02.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih | 1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan. 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif. | Tatabahasa | 11.03.2013 |