Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Penggunaan apitan memper-...-i tidak begitu produktif. Penggunaan apitan ini hanyalah bagi perkataan `memperingati`, `memperkawani`,`mempersuami`, dan `memperisteri`. Adakah bermaksud kata dasar lain jika menerima apitan ini dikatakan salah?Seperti yang saudara maklumi apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Tatabahasa19.04.2009
Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Penggunaan apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan hanya sesuai untuk perkataan `memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Adakah bermaksud bahawa kata dasar tidak boleh menerima apitan ini ?Seperti yang saudara maklumi apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper...i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Hal ini wujud hasil daripada perkembangan sesuatu bahasa selagi bahasa itu terus dituturkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Tatabahasa19.04.2009
Apakah padanan bagi sprinkles dalam Bahasa Melayu? Taburan rasanya tidak begitu tepat. Selalunya sprinkles ini untuk membuat kek dan dijadikan sebagai hias atas bagi kek.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "sprinkle" bermaksud menabur atau merenjis.

Dalam konteks yang dinyatakan, padanan perkataan yang sesuai untuk "sprinkles" ialah taburan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang bermaksud sesuatu yang bertabur atau yang ditabur.
Makna28.03.2019
Menurut TD Edisi Ketiga, m/s 211. Imbuhan apitan `memper-...-i' tidak begitu produktif. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-i, iaitu memperingati, mempersuami dan memperisteri. Adakah tiga perkataan di atas sahaja yang boleh menerima imbuhan memper-...-i ?

Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, antara perkataan lain yang boleh menerima imbuhan memper...i ialah peroleh, perbaiki, perkuasai, perdalamai, perakui, persetujui, perhalusi. Untuk keterangan lanjut, sila rujk muka surat 212 buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa13.04.2010
maksud makanan ringanMerujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna03.10.2008
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi.

Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi.
Tatabahasa04.09.2016
imbuhan kepada perkataan menyiram

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Puan saya tidak begitu faham apakah yang puan ingin tanyakan. Kalau menyiram kata dasarnya ialah siram dan sudah tentulah dalam hal ini imbuhan yang digunakan ialah meny... tetapi kalau imbuhan bag perkataan menyiram...... ia boleh sahaja digunakan imbuhan  i, lantas menjadi menyirami atau kan... untuk menjadi menyiramkan. Terima kasih.

Tatabahasa17.05.2009
Maaf, soalan saya tidak begitu jelas. Jika perkataan sain merupakan bahasa pasar, bagaimanakah pula dengan perkataan 'menyain'? Adakah perkataan 'menyain' juga merupakan bahasa pasar? Atau ia boleh diterima sebagai bahasa formal/baku (di mana ia akan diterima jika digunakan dalam karangan atau dalam surat formal)Tuan,
Jika perkataan "sain" merupakan bahasa pasar atau bahasa percakapan, maka perkataan "menyain" juga merupakan bahasa pasar atau bahasa percakapan. Oleh itu, perkataan "menyain" tidak boleh digunakan dalam penulisan formal.
Tatabahasa24.02.2015
mksud kegawatan ekonomi. Punca, kesan dan cara mengatasi masalah kegawatan ekonomi.

Saudara,

Perkataan gawat bermakna berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;

menggawatkan : menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg di lakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~;

kegawatan : keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu.

Untuk mengetahui punca, kesan dan cara mengatasinya, saudara perlulah membuat penyelidikan dan rujukan di perpustakaan di tempat saudara tentang isu ini.   

Lain-lain10.11.2009
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. “Immersive” dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk” ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu “meminjam” perkataan “imersif” bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih.Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi  Immersive Virtual Simulator ialah ‘Simulator Maya’. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan ‘simulator’ diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah ‘Simulator Maya’ kita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. Istilah05.05.2014
12345678910...

Kembali ke atas