Apakah perbezaan sunyi dan senyap ? Kedua-dua ialah sinonim atau bukan ? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, senyap bermaksud 1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi; 2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yg bercakap (berkata-kata): ketika itu ~, tiada siapa yg berani bercakap; 3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak ber-suara, diam; 4. nyenyak (tidur), lena; 5. tidak sibuk (perniagaan), lengang; 6. tidak diper-katakan lagi (sesuatu perkara): akhirnya perkara itu ~ dgn sendiri. Sunyi pula bermaksud 1. tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi; negeri itu ~; pasar sudah mulai ~; 3. bebas drpd, jauh (dr), lepas drpd: manusia di dlm dunia ini tidak ~ drpd tamak dan haloba; bahasa Melayu telah diajarkan dan dipelajari dgn lebih ghairah walaupun tidak ~ drpd masalah; tiada ~nya = tiada ~-~nya tiada putus-putus, selalu, sentiasa. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan ini adalah sama maknanya. | Istilah | 11.11.2010 |
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Salam sejahtera, Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan. | Tatabahasa | 20.12.2016 |