Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada/kepada pendirian lama. | Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada pendirian lama. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih. | Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah; 1. melaksanakan tanggungjawab 2. tidak berasa gerun 3. menguatkan diri 4. agak gugup. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
Tuan, frasa manakah yang baku antara "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" dengan "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu"? Saya berpendirian bahawa sendi yang betul "kepada" atau "akan" kerana "kemajuan persuratan Melayu" sasaran rasa "puas" itu walhal sendi nama yang menyatakan sasaran "akan" atau "kepada", maka frasa yang tepat "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu". Frasa sifat "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" salah kerana sendi nama "dengan" bermaksud "bersama", maka "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" bermaksud seseorang (pelaku FN benda ayat) berasa puas bersama orang "kemajuan persuratan Melayu" ini - ini tidak waras kerana "kemajuan persuratan Melayu" bukan orang, tidak berasa, maka tidak mungkinlah bersama dengan seseorang untuk berasa puas! Maka salahlah penggunaan sendi nama "dengan" dalam frasa ini. Frasa "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" ini bentuk bahasa kelumrahan masyarakat yang patut dibetulkan. Apakah pendapat tuan? | Pneggunaan kata sendi yang paling tepat ialah akan. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 1. Wanita itu amat rindu akan anaknya. 2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya. Pada pandangan kami, frasa berasa puas kurang sesuai. Frasa yang yang sesuai ialah berpuas hati. | Tatabahasa | 22.12.2016 |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
malu | Antara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya. | Makna | 29.01.2010 |
Harap Tuan/Puan dapat memberi penjelasan untuk soalan soalan berikut. 1. Apakah imbuhan awalan bagi perkataan RASA? 2. Betulkah perkataan BERASA tidak mempunyai kata dasar? 3. Salahkah jika perkataan RASA jika diberi imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai BERASA? 4. Salahkah jika perkataan JUMPA bila diberu imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai MENJUMPA? 5. Bolehkah sesuatu kata dasar diberi lebih daripada satu imbuhan awalan? ( sebagai contoh, saya berpendapat bahawa perkataan MAIN boleh diberi dua imbuhan awalan iaitu BERMAIN dan PEMAIN) Penjelasan lanjut Tuan/Puan tentang imbuhan awalan amat dihargai. Terima kasih. | 1. Kata dasar RASA boleh menghasilkan kata terbitan antaranya berasa (bermaksud mendapat rasa di bahagian-bahagian badan) dan merasa (bermaksud mengalami rasa dengan lidah. Rujuk Kamus Dewan, halaman 1290. 2. Kata menjumpa tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu, yang ada ialah berjumpa dan menjumpai. 3. Setiap kata dasar boleh ada lebih daripada satu kata terbitan/awalan yang sesuai maknanya. Perbuatan bermain dan kata pemain (orang yang bermain) kedua-duanya ada dan membawa maksud yang tidak bersamaan sama sekali. Rujuk Kamus Dewan, halaman 976. | Tatabahasa | 01.09.2010 |
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. | Tatabahasa | 10.10.2016 |
menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; tuan, terima kasih saya ucapkan dahulu kepada pertolongan tuan. saya masih tidak faham tentang jawaban antara menjalani dan manjalankan. Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu.( menurut kamus, menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;) maka, adakah menjalani lebih sesuai dalam konteks ini? TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan. Dalam konteks ayat yang diberikan, doktor itu telah melaksanakan pembedahan terhadap pesakit. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah menjalankan. Dalam ayat seterusnya, dia (orang tersebut ) yang dibedah atau yang mengalami pembedahan, dan bukan dia yang melaksanakan pembedahan. Oleh itu, perkataan yang betul ialah menjalani. | Makna | 19.01.2012 |
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai? | 1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu? 2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering? 3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 05.06.2018 |
apakah beza perkataan sesal dan kesal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.05.2009 |