Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
MAKSUD PERIBAHASA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM, KERBAU DICUCUK HIDUNG, ADA ANGIN, MELEPASKAN ANJING TERSEPIT DAN BAGAI ITIK PULANG PETANG | Maksud peribahasa hangat-hangat tahi ayam ialah tidak bersungguh-sungguh. Untuk mengetahui makna sesutau peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 10.08.2008 |
ingin dapatkan kepastian makna peribahasa ini: melepaskan batuk di tangga.persoalannya adakah batuk dalam peribahasa ini merupakan satu alat atau perbuatan | Makna peribahasa ini ialah melakukan sesuatu dgn tidak bersungguh-sungguh yang merupakan satu perbuatan. | Makna | 20.04.2009 |
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul. | Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan. | Tatabahasa | 09.12.2008 |
Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini? (a)Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh? | Banyak orang beranggapan bahawa bahasa tidak perlu dipelajari dengan bersungguh-sungguh, ayat ini betul. | Lain-lain | 15.10.2015 |
Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu “apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas?” | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. | Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami. | Lain-lain | 04.02.2019 |
Apakah maksud rangkap di bawah untuk Gurindam Dua Belas? Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. | Tidak ada maklumat tentang ungkapan tersebut termasuklah maknanya dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 06.03.2015 |
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima Kasih | Untuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat. panas | 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik. | hangat | 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedudukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau menyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat men- jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), memeriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, menggentingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ perdebatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), kemeriahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ perdebatan itu meresahkan orang ramai. | | Makna | 21.06.2014 |
Salam sejahtera. 1. Berdasarkan dapatan saya daripada Tatabahasa Dewan dan ruangan Munsyi Bahasa dalam Utusan Malaysia, kata sendi nama 'dengan' hadir di hadapan nama/frasa nama. Mohon penjelasan tuan tentang perkara yang berikut; a) Ali menerima berita itu dengan gembira. sepatutnya ditulis.. b) Ali menerima berita itu dengan gembiranya. c) Ali menerima berita itu dengan perasaan gembira. benar atau tidak. 2. Bagaimana pula dengan ayat yang berikut; d) Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh- sungguh. e) Ali membuat kerja sekolahnya dengan teliti bersungguh-sungguh = kata kerja teliti = kata kerja 3. Mohon penerangan tuan tentang peribahasa ' omong kosong' dan ' tin kosong '. Adakah kedua-duanya sinonim ? | Kedua-dua ayat Ali menerima berita itu dengan gembira dan Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh-sungguh betul. Perlu diingat kata dengan mempunyai dua fungsi, pertama sebagai kata sendi nama dan kedua sebagai kata hubung pancangan keterangan. Dalam ayat contoh tersebut kata dengan berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat majmuk pancangan keterangan. Omong kosong bermaksud percakapan yang bukan-bukan (tidak ada buah butir yang penting), manakala tin kosong bermaksud tin yang tidak berisi apa-apa. Berkemungkinan dalam bahasa percakapan kita biasa mendengar ungkapan tin kosong yang seolah-olah maksudnya sama dengan omong kosong. Walau bagaimanpun dalam sumber rujukan kami hanya omong kosong yang diberi maksud sedemikian. | Tatabahasa | 04.04.2012 |