MAR 3RD, 12:27AM Nazimah Yaakob Nazimah As slm...adakah masih diterima pakai penggunaan perkataan 'parkiran'? sedangkan ianya tidak biasa digunakan oleh masyarakat. | Waalaikumussalam. Perkataan "parkiran" digunakan di Indonesia. Walau pun ada ditulis dalam kamus, itu hanya rakaman kamus sahaja. Di Malaysia kita masih menggunakan perkataan "tempat letak kereta". | Lain-lain | 03.03.2016 |
Apa panduan sekiranya saya ingin menjadikan suatu kata nama yang tidak biasa dijadikan kata kerja sebagai kata kerja. Contoh: tasawuf - mentasawufkan bakul sampah -membakulsampahkan Facebook- berfacebook ekonomi- mengekonomikan kartun-mengkartunkan kambing hitam-mengkambinghitamkan bolehkah sembarangan sahaja atau tidak boleh langsung? mohon tunjuk ajar. Terima kasih | Untuk pembentukan kata, tuan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama selain daripada Kamus Dewan. Di dalam buku Tatabahasa Dewan, terdapat proses pembentukan kata yang boleh dijadikan pamduan menerbitkan kata baharu. | Tatabahasa | 14.11.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang perkataan "santapan". Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam majlis yang biasa-biasa dan tidak melibatkan majlis kerabat diraja? Contoh, dalam pertandingan syarahan peringkat zon, bolehkah saya gunakan santapan pagi? | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020;1962) kata santap berlabel bahasa diraja. Bahasa diraja ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam kalangan keluarga diraja, golongan istana atau antara keluarga diraja dengan rakyat jelata. Bahasa istana bermaksud perhubungan kebahasaan yang mana sekurang-kurangnya salah satu pihak itu terdiri daripada keluarga diraja. Oleh sebab itu, kata santapan (kata terbitan daripada kata santap) sesuai digunakan dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga diraja. Bagi pertandingan syarahan peringkat zon misalnya, kata yang dicadangkan ialah sarapan atau minum pagi, jika tiada kehadiran kerabat diraja. | Makna | 04.06.2024 |
Selamat Petang, Saya dari syarikat pengiklanan kini sedang membuat iklan TV untuk klien kami. Saya ingin membuat semakan untuk penggunaan istilah "Cetane Booster". Jika disemakan dalam Carian Kata, istilah yang diterjemahkan adalah "Penggalak Setana". Soalan saya, bolehkah kami mengekalkan istilah ini dalam Bahasa Inggeris tanpa perlu diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia untuk penggunaan iklan dalam TV? Sebabnya, ia adalah istilah yang tidak biasa didengari oleh orang awam dan akan keluar di dalam TV nasional seluruh negara. Disertakan bersama ini lampiran rujukan "storyboard" untuk pihak DBP. Mohon kelulusan pihak DBP untuk kebenaran menggunakan istilah ini dalam iklan TV kami. Terima kasih, Lidia Romli | Terjemahan istilah bagi Cetane Booster ialah Penggalak Cetana. Jika Istilah ini telah didfatarkan tuan/puan boleh menggunakannya di iklan televisyen. Sekiranya tidak didaftarkan tuan/puan perlu menterjemahkan dalam bahasa Melayu atau buat dalam dwibahasa. | Makna | 08.11.2016 |
Adakah perkataan 'usang' hanya boleh diguna pakai dalam ayat berkaitan benda-denda konkrit seperti rumah, bangunan, jambatan dan sebagainya tetapi bolehkah "usang" diguna untuk pakaian atau kain? | Mengikut kamus usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar mengkuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno. Oleh itu tidak terhad makna usang untuk benda konkrit sahaja. | Makna | 13.08.2008 |
dalam menulis karangan perkataan lampu hijau perlu guna tanda baca (" ") ini contoh ("lampu hijau '' atau lampu hijau) | Sekiranya frasa lampu hijau itu mempunyai makna yang tertentu maka wajar diberikan tanda petik. Tetapi jika hanya membawa makna biasa tidak perlu diberikan tanda petik. Sila rujuk yang berkaitan dengan tanda bacaan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 19.06.2009 |
Penggunaan kamus dewasn atas talian tidak berfungsi seperti biasa kerana tidak keluar definisi perkataan yang dicari. | Perkara tersebut telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP, dan kami juga berharap masalah teknikal ini dapat diatasai dengan segera. | Lain-lain | 02.05.2017 |
Songsangkan ayat berikut: Program itu dilaksanakan sepanjang tahun. Bolehkah ayat songsangnya seperti berikut: Sepanjang tahun program itu dilaksanakan. Jika tidak boleh kemukakan alasan dan jawapan yang betul. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Dilaksanakan sepanjang tahun (predikat) program itu (subjek). | Tatabahasa | 05.09.2016 |
Mohon Tuan-tuan dan puan-puan mengalisis kesalahan tatabahasa terhadap ayat yang di bawah.Perkataan ''menangani''adalah salah atau tidak salah? Menangani masalah luar biasa seperti pandemik Covid-19 memerlukan solusi dan keberanian tindakan yang luar biasa juga. | Perkataan menangani adalah betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Menangani pandemik covid-19 memerlukan penyelesaian dan tindakan luar biasa. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
apakah orang gila | Menurut Kamus Dewan maksud gila :1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; | Lain-lain | 24.12.2007 |