Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Tidak boleh saya nak banang,
     Dua tiga burung merpati;
Tidak boleh saya mengenang,
     Kalau mengenang hancur hati.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Biar mati anak jangan mati adat.

Bermaksud :

Adat yang tidak boleh dilanggar.

 

Lihat selanjutnya...(42)

606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(79)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kerusi itu tidak boleh menahan berat badan yang lebih. lebih atau banyak?Ayat yang betul ialah “Kerusi itu tidak boleh menampung berat badan yang lebih.”Tatabahasa03.07.2023
Kenapakah kata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir di dalam satu ayatKata penguat hadapan dan kata penguat belakang tidak boleh hadir bersama-sama di hadapan dan di belakang kata adjektif dalam satu ayat kerana kata penguat hadapan atau kata penguat belakang  sudah lengkap menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman: 259 - 260) Tatabahasa10.08.2022
Untuk surat rasmi yang ditulis bagi tujuan edaran dalam negeri yang sama, adakah perkataan negeri itu tidak boleh ditulis. Contohnya: 30200 Ipoh. Dalam hal tersebut Perak tidak boleh ditulis?

Mengikut Penulisan Dokumen Rasmi yang  betul, sebaiknya perlulah diberikan alamat yang lengkap dalam format penuh seperti yang berikut 30200 Ipoh, Perak. atau 30200 IPOH, PERAK.   

Lain-lain24.02.2021
Kenapakah "hal ini kerana" tidak boleh digunakan dalam ayat?"Kerana" ialah kata keterangan yang berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk makluman, klausa ialah anak ayat yang mempunyai subjek dan predikatnya. "Hal ini" tidak boleh menjadi klausa dan apabila ditambah "demikian" barulah terhasil klausa yang terdiri daripada subjeknya (hal ini) dan predikatnya (demikian). Oleh itu, klausa yang lengkap ialah "hal ini demikian kerana" bukan "hal ini kerana".Tatabahasa19.08.2022
Cadangan ayat 'Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti'. Tepatkah penggunaan perkataan 'autoriti' dalam menyampaikan maksud ayat di atas? Iaitu sesiapa yang tidak memiliki kuasa yang dibenarkan tidak boleh mengakses dokumen berkenaan.Perkataan "autoriti" boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu  "Dokumen rahsia rasmi ini ialah hak milik Kerajaan Malaysia dan tidak boleh disampaikan kepada sesiapa yang tidak memiliki autoriti".Makna17.07.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber...kan adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa  ayat dengan kata kerja tak transitif berimbuhan ber-…-kan yang diikuti oleh pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Pengembara itu berselimutkan embun. Ayat ini tidak boleh dipasifkan seperti yang berikut: Embun diselimutkan oleh pengembara itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 144 – 147).

Tatabahasa20.08.2021
Selamat sejahtera, Betulkan perkataan 'ianya' salah digunakan dan tidak boleh digunakan?

Kata ia ialah kata ganti nama diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia (Kamus Dewan, 2007:556)

Kata -nya juga merupakan kata ganti nama diri orang ketiga seperti beliau, dia (Kamus Dewan 2007:1087). Oleh itu, kedua-dua perkataan ini tidak boleh digabungkan kerana kedua-duanya ialah kata ganti nama diri ketiga. Penggunaan yang betul ialah ia bukan ianya.

Tatabahasa21.02.2020
adakah saya boleh menggunakan perkataan maging pada karangan masa kini? atau adakah ianya sudah tidak boleh digunakan lagi? jika ia tidak boleh digunakan lagi, saya memohon jasa baik pihak DBP untuk meletakkan kurungan (sudah tidak digunakan lagi) untuk mengelakkan kesalah fahaman pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, makna “maging” ialah bersifat memakan daging, iaitu daging yang merupakan makanan utama kepada haiwan yang memakan daging seperti harimau dan ia boleh digunakan dalam penulisan.Tatabahasa18.02.2022
kenapa tidak boleh hantar soalan?Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 18 Februari 2023 dirujuk.

Kami memohon maaf atas kesulitan. Mohon saudara melayari portal KNDBP sekali lagi untuk mendapatkan Khidmat Nasihat DBP. 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.02.2023
Salam sejahtera, saya tahu tentang cara penggunaan kata ganti nama singkat kau, ku, nya dan mu bahawa kata singkatan ini tidak boleh berdiri sendiri. Bagaimana pula jika ayat ada menulis "kau dan aku?" Adakah ia patut ditulis seperti ini: "kaudan aku?"Kata klitik, iaitu kata ganti nama singkat "kau", "ku", "nya" dan "mu" tidak boleh berdiri sendiri. Bentuk klitik selalunya wujud dalam binaan ayat pasif dan ejaannya hendaklah dirangkaikan dengan kata yang wujud sebelum atau selepasnya, seperti "kutulis" dan "kaubaca". Adapun contoh ayat yang diberikan, frasa yang betul ialah "kau dan aku" kerana "dan" ialah kata sendi nama dan bukan kata kerja pasif.
Tatabahasa25.07.2023
12345678910...

Kembali ke atas