salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQ | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 17.07.2008 |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQ | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |