apa maksud cemerkap | Saudara Azam, Maksud cemerkap ialah tidak cermat, kasar. | Makna | 25.02.2010 |
tolong semak penggunaan ayat yang mana satu adalah betul. 1)Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat. 2)Hakimi mewarna lukisan itu dengan cermat. 3)Hakimi mewarna dengan cermat. 4)Hakimi mewarnakan dengan cermat lukisan itu. sekian, terima kasih. | Apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa. Maka ayat yang paling betul ialah Hakimi mewarnakan lukisan itu dengan cermat. | Tatabahasa | 05.05.2016 |
Salam sejahtera, saya difahamkan bahawa kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Adakah kata adjektif cara, seperti cermat (…berbelanja dengan cermat) dan laju (memandu dengan laju), menyalahi hukum tatabahasa Melayu? Adakah kata ‘cermat’ dan ‘laju’ dalam konteks tersebut tergolong dalam kelas kata adjektif? Penjelasan tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Kata sendi nama hadir sebelum kata nama. Dalam contoh yang diberikan "dengan" berfungsi sebagai kata hubung bukan kata sendi nama. Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 18.11.2018 |
Adakah penggunaan berjimat cermat dalam ayat berikut bermaksud berjimat ? Kita mesti berjimat cermat seperti Syarul yang menyimpan wang yang diberi oleh ibunya dalam tabung. | Ya, "berjimat cermat" dalam ayat tersebut di atas bermaksud "berjimat" atau "berhemat-hemat", iaitu tidak boros dalam hal membelanjakan wang. | Makna | 09.07.2014 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIH | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
Adakah kata sendi 'untuk' harus ada untuk tajuk buku berikut? 100 Cara Berjimat Cermat atau 100 Cara untuk Berjimat Cermat | Kata sendi nama "untuk" tidak perlu hadir dalam tajuk tersebut. Ungkapan "100 Cara Berjimat Cermat" boleh digunakan sebagai tajuk buku. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIK | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIH | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BAHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIK | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIK | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |