Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, Selangor | Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 10.07.2009 |
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam. | Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut: a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.
| Tatabahasa | 15.07.2013 |
Merujuk aduan saya pada 16 Jun 2015 yang lalu berkaitan e-penyelidikan yang tidak dapat saya layari dan telah mendapat maklum balas daripada pihak tuan ke Bahagian sistem malklumat . Namun program tersebut http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp masih tidak boleh dilayari. Diharap pihak tuan dapat memanjangkan dan menyelesaikan masalah tersebut kerana program tersebut penting untuk saya membuat kajian yang memerlukan tindakan segera. Kerjasama dan keprihatinan saya ucapkan terima kasih. | Aduan puan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna. Kami mohon maaf atas kesulitan yang puan hadapi, dan kami juga berharap segala kesulitan ini dapat ditangani dengan kadar yang segera. | Lain-lain | 23.06.2015 |
soalan saya mengenai tulisan pada papan tanda (signboard) premis samada diluluskan ataupun tidak.Berikut merupakan ayat pada papan tanda kami : "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak,Jengka" diharap dapat maklumbalas daripada pihak tuan | Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.
| Lain-lain | 14.08.2018 |
tuan, saya telah membuaka e-penyelidikan sebelum ini tiada masalah sejak 2 dan 3 hari ini apabila saya membuka e-penyelidikan dbp bahagian analisis kata bahasa melayu sering dipaparkan error 404 Not Found nginx/1.0.11 dan capaian tidak dapat dilihat. Diharap pihak tuan dapat memaklumkan permasalahan yang berlaku. Sekain, terima kasih. | Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna. | Lain-lain | 18.06.2015 |
Assalam, Diharap DPB dapat meniliti dan mengesahkan terjemahan ke bahasa Inggeris seperti (lorekan berwarna kuning) di dalam lampiran | DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381. | Lain-lain | 12.10.2020 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Irama ‘Bapaku Pulang’ untuk menyanyikan lagu 'Tempat Perlindunganku’ tidak boleh dimuat turun. Diharap irama tersebut dapat diadakan semula | Kami memerlukan maklumat yang jelas, domain yang gagal memuat turun kedua-dua lagu tersebut. Sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 09.04.2014 |
saya suak menggunakan laman web ini kerana saya lemah dalam bahasa inggeris dan web ini banyak membantu saya, terima kasih, akhir2 ini setiap kali saya nak guna laman ini akan terbit ID dan password sedangkan sebelum ini tak pernaj berlaku pun. diharap dapat dibantu dengan segera kerana saya tidak yakin hendak menggunakan laman web lain untuk membina bahasa inggeris saya dan memantapkan lagi bahasa Malaysia saya. terima kasih. | Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan ini tanpa memasukkan id dan kata laluan. Sekiranya masih lagi menghadapi masalah yang sama sila hubungi pihak kami dengan segera. | Lain-lain | 20.11.2007 |
Assalamualaikum. Fungsi Kamus BM dan Kamus BI dalam PRPM tidak berfungsi sejak semalam. Diharap masalah ini dapat dipulihkan dalam waktu terdekat. Terima kasih. | Perkara tersebut telah kami kemukakan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP, dan kami juga berharap masalah teknikal ini dapat diatasai dengan segera. | Lain-lain | 02.05.2017 |