Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan daripada dewan peperiksaan ATAU Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan dari dewan peperiksaan. | Tatabahasa | 24.04.2007 |
Penggunaan kata ganti diri kedua yang manakah tepat bagi ayat berikut: "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. "Kalian tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun ayat yang gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian". | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah. | Ayat yang betul ialah: 1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah. 2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah. 3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah. 4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah tanpa kebenaran pihak sekolah. 6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah. | Tatabahasa | 23.04.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin mengemukakan soalan tentang ayat majmuk pancangan relatif , "Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu." Bagaimanakah caranya untuk memisahkan ayat majmuk ini kepada dua ayat tunggal ? Saya sukar untuk memisahkan ayat ini kepada dua ayat tunggal kerana ayat ini tidak mengandungi kata penentu belakang "itu" (contohnya: Pelajar yang gagal itu tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu.) | Ayat 1: Pelajar yang gagal. Ayat 2: Pelajar yang gagal tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan ke Sibu. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Semua kakitangan syarikat itu tidak dibenarkan membuat apa-apa ___ berhubung dengan kejadian itu. 'kenyataan' atau 'pernyataan', yang manakah paling sesuai bagi ayat ini? | Perkataan yang tepat ialah pernyataan. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan menterjemahkan istilah 'grounded'. Ia membawa maksud seseorang pekerja yang tidak dibenarkan menjalankan tugas mengendalikan jentera yang tinggi cthnya kren atas sebab disiplin,kemalangan sebagai merehatkan peketja tersebut. Oleh kerana tiada istilah melayu yg sesuai, kami masih menggunakan grounded. Harap pihak tuan bantu. TQ | Melihat kepada konsep/pengertian grounded kami mencadangkan istilah "kerja ringan" bagi menerangkanistilah tersebut dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.10.2008 |
Assalamualaikum tuan. Pengunaan 'majlis' yang merujuk kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya, adakah perlu huruf besar? Contohnya "anda tidak dibenarkan berniaga tanpa kebenaran Majlis" Yang kedua, Kiosk Taman Medan adalah nama khas jadi adakah ejaan kiosk itu boleh diterima sebagai betul kerana kios itu digabungkan dengan kata nama khas Taman Medan? | Jika menulis majlis sahaja sewajarnya dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun ada cara untuk kita menulisnya dengan huruf besar, iaitu dengan memaklumkan dalam ayat pertama ... Majlis Bandaraya Petaling Jaya (selepas ini disebut sebagai Majlis) ... maka selepasnya hanya dieja dengan Majlis dan penggunaan ini haruslah tekal dalam keseluruhan wacana. Jika telah didaftarkan sebagai Kiosk Taman Medan, maka ejaan tersebut diterima.
| Ejaan | 24.07.2012 |
sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya.. | Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. | Istilah | 27.07.2009 |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |