Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya menterjrmahkan liveability sebagai kebolehidupan? Kalau tidak boleh apakah terjemahan yang tepat untuk liveability? sekian, terima kasih. Ahmad HarizaPerkataan live bermaksud hidup. Perkataan liveabiliy(daripada liveable) boleh diterjemahkan sebagai boleh hidup, sesuai didiami atau dapat tahan(bearable, endurable). Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan.   Istilah31.03.2009
1.apa beza penempatan dengan petempatan? 2.Mengapa imbuhan be bagi kerja dan ter bagi sergam.Bukankah suku kata awalnya ada er? cth:bekerja,tersergam

1. Petempatan ialah kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang, manakala penempatan ialah perihal menempati atau menempatkan sesuatu.

2.Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Bagi perkataan tersergam pula, apabila awalan ter- bergabung dengan kata yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- maka  r dalam awalan ter- tidak gugur.

Tatabahasa15.12.2010

Kembali ke atas