Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tanya tentang bahasa tidak formal. Adakah pihak tuan atau puan ada menjual buku berkaitan bahasa tidak formal?Salam tuan,

Berdasarkan semakan dalam sistem DBPniaga, tiada buku berkaitan bahasa tidak formal dijual.

Walau bagaimanapun, sekiranya tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan buku terbitan DBP, bolehlah layari https://dbpniaga.my/ 

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.11.2021
Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih.Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut.Lain-lain26.07.2007
Salam sejahtera, Saya ingin pencerahan tentang penggunaan "awak" dan "anda". Adakah "anda" sesuai digunakan dalam dialog percakapan? Adakah "awak" boleh digunakan dalam dialog bagi kedua-dua kegunaan formal dan tidak formal? Contoh, seperti dialog antara seorang individu bersama dengan penemuduga. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Anda dan awak merupakan kata ganti nama diri kedua dan boleh digunakan dalam urusan formal dan tidak formal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.06.2019
Saya hendak bertanya. Adakah -la dikira sebagai imbuhan? Adkah ia bentuk tidak formal untuk -lah? Bolehkah -la digunakan dalam ayat? Kalau ya, adakah perlu jarak? Terima kasih.Tiada imbuhan “-la”. Penggunaan yang betul ialah “-lah” yang merupakan kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta.Tatabahasa11.06.2023
Saya ingin bertanya tentang bahasa tidak formal.

Ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal

Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi (formal), iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. 

Bahasa tidak formal ialah bahasa lisan atau bahasa percakapan yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak rasmi. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Bahasa tidak formal ini selalunya digunakan dalam perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dan lain-lain. Dalam situasi ini selalunya penggunaan dialek atau loghat akan digunakan.

Untuk maklumat  lanjut, saudara boleh merujuk buku “Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi” oleh Asmah Hj. Omar. 

Lain-lain28.11.2021
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih.Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" ").Tatabahasa04.03.2015
contoh-contoh bahasa kasarBahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Istilah26.10.2009
Jika di-Google frasa 'makan santai' atau 'majlis makan santai', memang sudah banyak digunakan media dan penutur. Saya anggapnya sebagai makan tanpa protokol/tidak formal. Maka, bolehkah saya cadangkan istilah 'casual dining' dipadankan dengan makan santai manakala istilah fast casual dipadankan dengan ' (makan) santai segera'? Harap dipercepatkan pemasukannya dalam PRPM.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "casual dining" dan " fast casual" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Perisitilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa  Melayu yang sesuai.Istilah16.02.2019
Saya ingin tahu adakah sebarang kesalahan dalam ayat di bawah? "Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya, yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'."

Tuan,

1.   Adakah sdr meminta kami menyemak ayat sdr ini yang menggunakan ayat jenis dailog (penulisan kreatif)? Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya.,yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'."Mohon sdr memperincikan soalan ini. 

2.  Ejaan yang tepat ialah tahniah.

3.  Kata terbitan untuk kata "rasuah" seperti perasuah dan merasuahi.

 

Lain-lain09.04.2009
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih.Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal.

Contoh;
Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan.
Tatabahasa10.01.2013
123456789

Kembali ke atas