Salam. Saya memerlukan penerangan mengenai bahasa dan format teks taklimat yang dibuat untuk majlis formal dan kombinasi atau tidak formal. Apa yang saya paham, penyediaan teks taklimat bergantung kepada taraf para khalayak yang hadir untuk sesebuah majlis. Tetapi tidak banyak rujukan yang menerangkan perbezaan format dan bahasa yang digunakan untuk teks taklimat sesuatu majlis formal dan tidak formal. Sekian . Terima kasih. | Bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Panduan Pengucapan Awam karya Dr. Zamri @ Muati, Pidato Berpidato, karya Rahmat Ismail atau buku-buku panduan pengucapan awam yang lain atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan boleh mendapatkan tajuk-tajuk buku berkaitan perkara ini melalui carian pada Katalog Awam tersebut. | Lain-lain | 26.07.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin pencerahan tentang penggunaan "awak" dan "anda". Adakah "anda" sesuai digunakan dalam dialog percakapan? Adakah "awak" boleh digunakan dalam dialog bagi kedua-dua kegunaan formal dan tidak formal? Contoh, seperti dialog antara seorang individu bersama dengan penemuduga. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih. | Salam sejahtera, Anda dan awak merupakan kata ganti nama diri kedua dan boleh digunakan dalam urusan formal dan tidak formal. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 14.06.2019 |
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih. | Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" "). | Tatabahasa | 04.03.2015 |
contoh-contoh bahasa kasar | Bahasa kasar digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Istilah | 26.10.2009 |
Jika di-Google frasa 'makan santai' atau 'majlis makan santai', memang sudah banyak digunakan media dan penutur. Saya anggapnya sebagai makan tanpa protokol/tidak formal. Maka, bolehkah saya cadangkan istilah 'casual dining' dipadankan dengan makan santai manakala istilah fast casual dipadankan dengan ' (makan) santai segera'? Harap dipercepatkan pemasukannya dalam PRPM. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "casual dining" dan " fast casual" dalam pangkalan data istilah DBP. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Perisitilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 16.02.2019 |
Saya ingin tahu adakah sebarang kesalahan dalam ayat di bawah? "Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya, yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'." | Tuan, 1. Adakah sdr meminta kami menyemak ayat sdr ini yang menggunakan ayat jenis dailog (penulisan kreatif)? Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya.,yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'."Mohon sdr memperincikan soalan ini. 2. Ejaan yang tepat ialah tahniah. 3. Kata terbitan untuk kata "rasuah" seperti perasuah dan merasuahi. | Lain-lain | 09.04.2009 |
Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. | Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Tuan/Puan, apakah term paling sesuai untuk blended learning yang diterima pakai sekarang? TQ. | Dalam data rujukan kami, istilah blended learning dipadankan sebagai pembelajaran teradun. Pembelajaran teradun merupakan kaedah pembelajaran secara formal dan tidak formal yang menggabungkan media digital dalam talian dengan kaedah tradisional. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=blended+learning+&d=69812&#LIHATSINI. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2019 |
berikan saya konsep dan jenis ayat sapaan di Malaysia (Bahasa Malaysia) | BM mempunyai sapaan yang berbeza daripada bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai. Dalam situasi tidak formal, penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Biasanya pengguna BM menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Contoh Saudara/saudari sapaan kepada orang yang baru dikenali Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan berstatus tinggi. Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur. Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan spt. Puan Pengetua. Yang di-Pertuan Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri Yang Amat Berhormat | Tatabahasa | 26.06.2008 |
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan? | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). | Tatabahasa | 19.07.2007 |