Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah istilah 'klasik' merujuk kepada kesusasteraan Melayu klasik lebih sesuai digunakan berbanding istilah lama atau tradisional?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut.   Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini  makna  kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua  perkara berbeza.

Makna21.04.2009
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasihDalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir.


Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut.
Tatabahasa02.04.2013
Salam sejatera. Saya medapati ramai guru sering menegaskan bahawa perkataan yang indah dan klasik tidak patut digunakan dalam PMR atau SPM tetapi saya berpendapat bahawa pelajar perlu dipupuk untuk mempelajari dan mencintai bahasa melayu demi memartabatkan bahasa kebangsaan kita bukan merisaukan tanggapan pemeriksa semata-mata . Jika pelajar tidak dapat meggunakan perkataan bahasa melayu yang berkualiti dalam peperiksaan, mereka tidak dapat menggunakannya lagi selepas alam persekolahan. Rentetan daripada itu, banyak perkataan bahasa melayu tidak akan dikenali oleh rakyat kita sendiri dalam dunia yang semakin meminggirkan tradisi. Pelajar sering dimomokkan dengan tanggapan pemeriksa yang tidak gemar melihat perkataan indah atau klasik justeru menyebabkan mereka tidak ingin mempelajari perkataan baru dan berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki. Jika setiap pelajar perlu menjadikan kamus dbp sebagai rujukan utama, apa salanya jika menggunakan perkataan yang terdapat dalam kamus yang menjadi akar tunjang kepada bahasa melayu? Jika benar perkataan sedemikian tidak wajar digunakan, mengapakah perkataan ini wujud dalam kamus? Jika perkataan bombastik tidak sesuai dalam karangan peperiksaan, bilakah perkataan-perkataan ini sesuai digunakan? Tujuan saya bukan untuk berperang pena tetapi sebagai anak malaysia yang bertanggungjawab saya agak risau akan situasi ini. Saya berharap pihak dbp dapat memberi penjelasan. Sekian. Bahasa Jiwa Bangsa

Penulisan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Kekuatan kosa kata yang baru atau melankolik tidak menjamin penulisan yang baik.

Istilah17.08.2010
saya gemar menulis dan ada menghasilkan beberapa karya berbentuk novel.baru2 ini saya ada mendengar di radio mengenai pertandingan menulis novel.walaubagaimanapun saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyertai pertandingan tersebut.bolehkah pihak tuan memberikan maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut atau bagaimanakah caranya untuk saya mengetengahkan hasil karya saya itu?

Untuk makluman sdr., Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur sedang berlangsung dengan tarikh tutupnya pada 31 Ogos 2008. Maklumat lanjut tentang sayembara ini, sila layari laman web DBP - http://.dbp.gov.my. Juga sekiranya sdr. ingin menghantar manuskrip untuk terbitan DBP silalah alamatkan manuskrip tersebut ke alamat: Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Pastikan sdr. ada menyimpan salinan manuskrip tersebut sebelum mengirimkan salinan asal manuskrip ke pihak DBP. Sekian, terima kasih dan salam.  

Lain-lain01.06.2008
instruksionalTidak ada perkataan instruksional dalam sumber rujukan kami. Yang ada perkataan ialah instruksi iaitu perkataan Indonesia yang bermaksud perintah atau arahan dan berkemungkinan instruksional ialah akronim kata instruksi dengan perkataan lain seperti rasional kerana Indonesia gemar menggunakan perkataan akronim.Makna05.01.2012
Saya membaca penulisan para pelajar yang gemar megggunakan di dalam buku ini, di dalam tesis ini, di dalam bab ini akan dibincangkan. Saya berpendapat dalam buku ini sudah mencukupi dan tidak perlu lagi ditambah dengan di dalam buku ini. Akan digunakan untuk sesuatu yang akan dilakukan sedangkan tesis telah ditulis dan diserahkan untuk pemeriksaan oleh pemerikasa dalam dan luar. Adakah tesis ini akan memnicangkan betul dalam menggunakan perkataan akan?Kami bersetuju dengan pendapat Dr. frasa "dalam bab ini" dan "dalam tesis ini" adalah yang gramatis. Frasa "di dalam" membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak yang boleh dilihat secara fizikal, manakala frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Begitu juga dengan penggunaan kata akan yang lazimnya digunakan bagi perkara yang belum berlaku atau perkara yang dijangkakan.Tatabahasa07.11.2012
Adakah perkataan 'remaja' boleh digandakan menjadi remaja-remaja? Jika tidak, apakah sebabnya?

Saudara Tammychong,

Perkataan remaja boleh digandakan menjadi remaja-remaja. Contoh penggunaan perkataan 'remaja-remaja' ialah seperti yang berikut:

Remaja-remaja zaman sekarang gemar menghabiskan masa dengan melayari internet.

Namun kelazimannya, penggunaan perkataan remaja-remaja jarang digunakan dalam ayat. Kebiasaannya digunakan 'ramai remaja', 'para remaja', 'kebanyakan remaja' dan 'remaja' sahaja.  

Tatabahasa14.09.2012
Mengapa dalam kalangan masyarakat kita gemar mengeja Ramadhan berbanding Ramadan ?

Tuan,

Barangkali banyak sebab yang mendorong masyarakat kita mengekalkan ejaan "Ramadhan" berbanding yang diterima pakai hari ini iaitu "Ramadan".

1. Faktor tidak tahu. Mereka beranggapan bahawa ejaan 'Ramadhan' yang paling standard disebabkan oleh pengaruh atau terbiasa dengan ejaan lama.

2. Faktor buat-buat tidak tahu. Mereka terdiri daripada golongan yang mahu padanan huruf 'dod' kekal ditransliterasikan sebagai 'dh' atas alasan mengeja kata serapan Arab. Biasanya golongan berlatarbelakangkan agama.

 

Penyelidikan05.09.2010
Salam 1Malaysia, Mengapakah laras bahasa sastera (bahasa di dalam novel, cerpen dsbnya) dibolehkan tidak menepati hukum tatabahasa Melayu? Contohnya, penggunaan 'dan' pada awal ayat tidak menjadi kesalahan dalam laras sastera. Perkara ini mengelirukan pengguna bahasa terutama golongan pelajar. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.Pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu, perkataan "dan" memang tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Tetapi dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat  kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. Oleh itu, perkataan "dan" itu berfungsi sebagai penegasan kepada ayat sebelumnya. Itulah yang kita namakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka.Lain-lain26.05.2011
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih.Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka.  Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. Tatabahasa22.10.2011
12

Kembali ke atas