| Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih! | Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima. | Tatabahasa | 06.07.2020 |
| Adakah prasa 'mohon pencerahan' ini tepat penggunaannya? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: | cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. Jadi, frasa itu boleh digunakan. | Lain-lain | 27.10.2014 |
| Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: | cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 23.09.2014 |
| Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama? | Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. "Cerah" pula bermaksud: | cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang. | Lain-lain | 14.09.2015 |
| Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan untuk lada hitam. Jika keadaan lada hitam itu terpisah tidak sejambak atau satu sahaja lada hitam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai sebutir atau sebiji? Terima kasih | Waalaikumussalam, Penjodoh bilangan bagi lada hitam ialah sebutir kerana ia merujuk biji yang kecil-kecil seperti padi.
| Tatabahasa | 25.06.2015 |
| Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih. | Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
| Salam sejahtera Soalan saya: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? Jawapan yang diterima "Ayat yang gramatis ialah memadamkan tulisan pada papan hitam sama seperti memadamkan api atau memadamkan kebakaran." tidak relevan langsung, saya tidak bertanya tentang ayat gramatis. Sila jawab soalan: Apakah perbezaan antara "dipadam" dan "dipadamkan"? | Menurut buku Tatabahasa Dewan , awalan di ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga, (contohnya; dihapuskan), manakala apitan di-…-kan pula ialah bentuk pasif bagi MeN-… -kan. Terdapat perbezaan pada penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, iaitu pada penggunaan objek atau kata nama di hadapan ayat yang menggunakan di dan di-…-kan ini. Perhatikan dan bandingkan contoh ayat yang diberikan ini. (a) “ Ali memadamkan tulisan di papan hitam” (ayat aktif) (b) “Tulisan di papan hitam dipadamkan oleh Ali”.(ayat pasif) ( c) “Ali memadam papan hitam” ( ayat aktif) (d) “Papan hitam dipadam oleh Ali”. (ayat pasif) Jika dalam ayat aktif, kata kerja memadamkan ( kata kerja transitif yang berakhiran kan) harus diikuti oleh objek (iaitu tulisan) yang membawa maksud ada pergerakan secara langsung ke arah kata nama, iaitu papan hitam. Sebaliknya jika dipasifkan ( di-…-kan) objek (tulisan) yang bergerak secara langsung ke arah kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan. Manakala bagi ayat aktif, kata kerja memadam ( kata kerja transitif tanpa imbuhan kan) harus diikuti oleh kata nama ( papan hitam). Sebaliknya dalam ayat yang dipasifkan (di) kata nama ( papan hitam) perlu dikedepankan. Oleh itu, perbezaan penggunaan awalan di dan apitan di-…-kan, bergantung pada susunan objek atau kata nama yang telah dipasifkan daripada ayat aktif. Sebaik-baiknya setiap ayat pasif perlu dijadikan ayat aktif terlebih dahulu untuk melihat susunannya. | Tatabahasa | 15.05.2018 |
| Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |
| Sanusi Rifaie Feb 25th, 3:01pm Kenapa 'kambing hitam' ie 'black sheep' di maksudkan sebagai 'orang yg di persalahkan'? Itu 'scapegoat ' atau 'sacrificial lamb' dalam bahasa Inggeris. Black sheep atau kambing hitam adalah orang yang di pinggirkan atau discriminated . | Pada pandangan kami, kambing hitam bagi scapegoat telah ada dalam BM dan meluas penggunaannya. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tahu simpulan bahasa blacksheep dalam BI tidak menggunakan kambing hitam untuk scapegoat (contoh: Kamus Oxford Fajar, KIMD, Istilah). Berdasarkan korpus dan kamus-kamus ekabahasa, kambing hitam (scapegoat) lebih banyak digunakan. Bentuk terbitan mengambinghitamkan juga sudah digunakan dengan meluas berbanding dgn kambing hitam (blacksheep). Istilah lempar salah yang dicadangkan bagi scapegoat hanya digunakan 7 kali daripada dua sumber sahaja dalam korpus DBP. Berdasarkan rujukan di atas, kambing hitam ada dua makna, iaitu makna scapegoat dan kata terbitan mengambinghitamkan, dan kedua makna untuk blacksheep. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2015 |
| Salam. 1. Ayat yang manakah lebih gramatis? (a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam. (b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam. 2. Adakah kata warna itu perlu atau tidak? Terima kasih. | Kedua -dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan warna boleh digugurkan sebelum perkataan "hitam" dalam ayat (b) kerana "semua warna' telah disebut pada permulaan ayat dan telah jelas bahawa hitam merujuk pada warna dan tidak merujuk pada perkara lain. (a) Meng Hua suka semua warna kecuali warna hitam. (b) Meng Hua suka semua warna kecuali hitam. | Tatabahasa | 13.04.2012 |