Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya sering terkeliru dengan penggunaan perkataan 'Untuk' dan 'Bagi' di dalam ayat. Sekiranya tidak keberatan, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan perbezaan dan apakah penggunaan yang sesuai untuk kedua-dua perkataan ini. Terima Kasih

Encik Khairul,

Dalam pembentukan ayat, kata bagi dan untuk adalah serupa penggunaannya. Kedua-dua kata ini digunakan adalah untuk menunjukkan hubungan antara penerima dengan bahagian ayat yang lain. Penerima yang dimaksudkan mungkin manusia, haiwan atau benda. Misalnya;

Bagi

1. Pelajaran itu mudah bagi kami kerana guru memberikan penerangan yang jelas.

2. Pelajar-pelajar mengadakan pementasan khas bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini.

3. Bagi Fauzi, ibunyalah orang yang paling penting dalam hidupnya.

 

Untuk

4. Dia membeli makanan yang baik-baik sahaja untuk kucing kesayangannya.

5. Kursus bahasa itu adalah untuk penutur bukan Melayu.

6. Dia membeli hadiah itu untuk ibunya. 

  

 

Tatabahasa20.05.2009
assalamualaikum tuan.. bolahkah saya tahu dimana boleh saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? jika pihak tuan tidak keberatan bolehkah saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat?Saudara boleh merujuk buku The Malaysian Protokol atau hubungi/layari Pusat Dokumentasi Melayu atau hubungi Bahagian Adat Istiadat Jabatan Perdana Menteri. Di kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur juga terdapat buku-buku tentang perkara ini.   Lain-lain06.03.2008
Saya masih lagi keliru tentang peggunaan frasa "Lain-lain hal" dan "Hal-hal lain" yang sering digunakan oleh rakan-rakan dalam penulisan agenda minit mesyuarat. Jadi, diantara kedua-dua frasa tersebut yang manakah lebih tepat dan betul strukturnya ? Jika tidak keberatan, saya inginkan sedikit penjelasan tentang kewujudan kedua-dua frasa tersebut. Terima kasih, tuan/puan.

Saudara,

mengikut Hukum D-M dalam bahasa Melayu, frasa hal-hal lain betul dan frasa lain-lain hal salah. D (hal) ialah unsur diterangkan dan M (lain) ialah unsur yang menerangkan. 

Tatabahasa22.11.2010
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih.Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. Badan Penulis20.07.2011
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.comAda beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah Agama Islam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian.Tatabahasa07.09.2012
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu.Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatanI'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira:  the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja.Makna07.09.2012
Bagaimanakah tanda baca yang betul untuk menulis rangkai kata hari kemerdekaan? Sepanjang saya belajar di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, guru-guru mengajar saya supaya menulis 'Hari Kemerdekaan' ( h dan k ) ditulis dengan huruf besar. Persoalannya ialah, dalam buku KSSR tahun 1 ( SJKC ) di tulis dengan huruf kecil. Yang manakah tanda baca yang betul ? Jika tuan tidak keberatan, saya ingin mendapatkan jawapan segera.

Dalam Kamus Dewan dieja "hari Kemerdekaan" sama seperti hari Buruh dan hari Pahlawan.

Ejaan11.10.2011
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih.Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan.Tatabahasa05.06.2013

Kembali ke atas