bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai, | Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil. | Makna | 27.02.2008 |
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih. | Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
terjemahan mana yang betul bagi "minor building works" kerja bangunan kecil atau kerja kecil bangunan | Untuk makluman, istilah "minor building works" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kerja kecil bangunan. | Istilah | 05.08.2013 |
soalan saya adalah,ketika kita menulis tajuk karangan... Contohnya "Bercuti Di Kampung"... adakah menjadi 1 kesalahan kerana menulis perkataan "Di" dengan huruf besar.....atau pun perlu ditulis dengan huruf kecil... saya tidak paham dan perlukan penjelasan dari DBP... terima kasih... | Frasa/ejaan yang betul ialah "Bercuti di Kampung", di ialah kata sendi nama dan mesti ditulis degan huruf kecil. | Tatabahasa | 01.03.2010 |
Selamat pagi! Bolehkah saya tanya apakah itu sukan tara atau sukan mini? Apakah perbezaannya ? Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang diperlukan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun mini lazimnya dikaitkan dengan sesuatu yang kecil dan pada pendapat kami sukan mini bersifat lebih kecil serta tidak melibatkan banyak acara yang dipertandingkan. | Makna | 27.09.2011 |
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. | Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH" | Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". | Tatabahasa | 05.04.2011 |
kenapa kata hubung dalam tajuk tidak ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan bin dan binti pada nama seseorang juga ditulis dengan huruf kecil | Dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. | Ejaan | 07.05.2012 |
Selamat sejahtera, Ada dua soalan yang ingin saya ajukan: 1) Perlukah digunakan huruf besar untuk merujuk hari-hari tertentu?contohnya hari keluarga, hari kantin, hari terbuka dan sebagainya? 2) Ejaan guru besar perlu dieja dengan huruf kecil jika tidak disertai nama dan sebagainya. Tapi, bagaimana pula jika ayat seperti, "Saya ingin berjumpa dengan guru besar." Masih dieja dengan huruf kecilkah? Terima kasih. | 1. Huruf besar tidak perlu digunakan untuk hari kantin, hari keluarga dan hari terbuka kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Huruf besar digunakan apabila perkataan tersebut menjadi kata nama khas seperti Hari Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka dan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Ampang. 2. Perkataan guru besar dalam ayat yang diberikan dieja dengan huruf kecil. (Saya ingin berjumpa dengan guru besar.) | Ejaan | 25.04.2013 |
Perkataan dinasti apabila dikaitkan dengan nama khas Ming, Tang sebagainya, huruf d besar atau kecil. Kerana saya tidak menjumpai isyarat huruf besar dalam Kamus Dewan edisi keempat. | Kata Dinasti Ming, Dinasti Tang yang merupakan nama khas dieja dengan huruf besar . | Ejaan | 20.03.2008 |