MAKSUD PERKATAAN ORANG HILANG DAN PENCULIKAN | Makna secara harfiah "orang hilang" ialah orang yang tidak kelihatan lagi dan penculikan bermaksud mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa untuk dibunuh, diminta wang tebusannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun dari aspek sudut undang-undang kedua-dua istilah tersebut memerlukan huraian terperinci dengan merujuk pakar bidang berkenaan. | Makna | 05.06.2009 |
Salam, saya hendak bertanya soalan tentang 'funder' dalam bahasa melayu yang akan digunakan dalam tulisan rasmi, buat masa ini, saya ada beberapa yang ada dalam fikiran : 1. investor - pelabur 2. Donater - penyumbang 3. Funder - orang yang bagi duit Jadi, seperti yang kita lihat di atas, perkataan funder tidak lagi jadi satu perkataan, dia perlu beberapa gabungan perkataan utk merujuk kepada perkataan 'funder'. Oleh itu, saya ingin bertanya dengan menambah imbuhan 'pen' atau 'pe' di depan seperti derma akan jadi penderma, labur akan jadi 'pelabur'. Seperti yang saya terangkan di perenggan sebelum ini, jadi, bolehkah utk dana saya menambah imbuhan 'pe' atau 'pen' dalam perkataan dana. Saya bertanya dahulu di sini adalah disebabkan saya tidak pernah dengar perkataan dana dijadikan sebagai kata 'orang yang melakukan' seperti pedana atau pendana. Boleh saya tau penggunaan perkataan yang mana yang sesuai dan mudah difahami oleh orang awam, sama ada 'pedana' atau 'pendana'. Pada pandangan peribadi saya, saya lebih memilih menambah imbuhan 'pen' pada perkataan dana disebabkan ia kelihatan lebih sesuai. | Merujuk istilah bahasa Melayu, maksud funding daripada bidang ekonomi, pentadbiran dan pentadbiran perniagaan bermaksud pendanaan. Manakala merujuk kepada terjemahan bagi istilah sumber investor ialah pelabur, donor ialah penderma dan funder masih belum wujud dalam data PRPM kami. Cadanagn daripada pihak DBP, terjemahan yang sesuai bagi funder ialah pendana. | Makna | 09.08.2019 |
Adakah penggunaan 'baru' dan 'baharu' bergantung kepada situasi? Ataupun kedua-dua perkataan itu boleh ditukar ganti tanpa mengubah maksud perkataan, contoh: Pekerja baharu/pekerja baru. Terima kasih. | Kata "baharu" bermaksud tidak buruk, kelihatan cantik, kerana belum pernah atau belum lama dipakai atau kerana terpelihara dengan baik. Kata "baru" pula merujuk masa atau waktu, iaitu belum berapa lama lagi, sesudah, tidak lama sebelum ini, dan sebagainya. Sebagai kesimpulannya, kata batru digunakan untuk makdus masa. Kata baharu digunakan untuk maksud sifat atau adjektif. Jadi, frasa yang betul "Pekerja Baharu". | Makna | 25.06.2015 |
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran | Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |