maksud sempit | Maksud sempit ialah tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan). | Makna | 03.08.2010 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung. | Makna | 09.05.2019 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. | Makna | 09.05.2019 |
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih. | Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia. Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. | Lain-lain | 19.03.2017 |
Kita harus menghargai masa lapang kerana masa itu emas/"Masa itu emas". | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 05.07.2010 |
Para pustakawan melapangkan buku mengikut nama penulis. betulkah penggunaan melapangkan dalam ayat di atas dana apakah maksudnya ? kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? | Melapangkan bermaksud menjadikan lapang, melebarkan, meluaska, oleh itu perkataan yang sesuai untuk ayat tersebut ialah - Pustakawan menyusun buku di rak mengikut nama penulis. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi?? | Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami. | Tatabahasa | 19.03.2015 |
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang, | Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 23.05.2012 |
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. | I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini. II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan. | Tatabahasa | 28.05.2012 |
1. ‘Pemuda-pemudi’ ada perkataan ini tak/ apa perbezaannya dengan ‘pemuda dan pemudi’ 2. Apabila membina ayat seperti perkataan dasar ( baca ) , ayatnya : Buku itu telah saya baca seminggu yang lalu. : Buku itu akan saya baca apabila saya mempunyai masa lapang. ~~penggunaan kata seperti ‘telah’, ‘akan’ perlu letak di hadapan kata ganti nama diri 1 atau bgmn 3. Perbezaan antara wakru dan masa ialah apa dan bgmn dgn penggunaannya 4. Apakah perbezaan sementelah dan sementelahan | 1. Dalam bentuk kata ganda, ejaan yang betul ialah pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi, namun kedua-dua perkataan ini tidak perlu digandakan kerana ia boleh merujuk kepada tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam bentuk frasa yang betul ialah pemuda dan pemudi. 2. Betul, kata telah dan akan perlu hadir sebelum kata ganti nama diri yang pertama. 3. Dalam Kamus Dewan waktu sama dengan masa. 4. Sementelah sama maksud dengan sementelahan, iaitu lebih-lebih lagi atau tambahan pula. | Tatabahasa | 30.10.2012 |