Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Mengakaunkan atau memperakaunkan. Yang mana betul? | Perkataan mengakaunkan dan memperakaunkan tidak lazim digunakan dalam kalangan pengguna bahasa. Cadangan bagi perkataan mengakaunkan ialah memasukkan ke dalam akaun. | Tatabahasa | 24.10.2018 |
Menurut laman web PRPM, terjemahan untuk 'relapse' ialah 'kambuh'. Walau bagaimanapun, perkataan 'kambuh' tidak lazim digunakan dalam konteks harian. Bolehkah tuan mencadangkan penggunaan perkataan lain seperti 'berbalik'? Adakah perkataan 'relaps' boleh diguna pakai? Mengikut pandangan tuan, apakah perkataan yang paling difahami dan paling dapat diterima di negara ini? Terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "relapse", iaitu kambuh, relaps dan berbalik. Oleh itu, puan boleh memilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks yang digunakan. | Istilah | 26.05.2016 |
Adakah ayat di bawah ini betul penggunaan imbuhannya? 1. Ani sedang bernyanyi dan bernari. | Bernyanyi sama maksudnya dengan menyanyi, manakala bertari juga sama maksudnya dengan menari tetapi kata bertari sudah tidak lazim lagi digunakan. Oleh itu, bagi menghasilkan ayat yang gramatis, ayat tersebut perlu diubah menjadi "Ani sedang bernyanyi/menyanyi dan menari" | Tatabahasa | 10.01.2014 |
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Adakah Kata adjektif yang membawa keserasian makna seperti cantik molek dan kurus kering boleh ditulis secara songsang ? sebagai contoh, molek cantik dan kering kurus. | Bentuk gabungan tersebut betul tetapi apabila diterbalik ia tidak lazim digunakan. Contoh cantik molek - sangat cantik dan kurus kering -sangat kurus. Namun begitu, jika diterbalikkan akan membawa makna yang lain contohnya kering kurus - sangat kering. | Makna | 22.02.2018 |
jika saya memerlukan terjemahan tulisan jawi pada seuatu artifak milik keluarga, bolehkah pihak DBP membantu menterjemahkan ia? Pada objek tersebut tertulis 1291 dipercayai tahun objek tersebut digunapakai. Dan disebabkan ia mempunyai gaya penulisan yang tidak lazim pada saya maka saya memerlukan bantuan untuk memahami isi kandungannya. Terima Kasih, sekian. | Untuk makluman, tuan boleh membuat pertanyaan tentang artifak/manuskrip lama kepada Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Penyelidikan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui talian 03-21479000. | Lain-lain | 04.10.2019 |
1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | 1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia". | Tatabahasa | 26.07.2013 |
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, bolehkah saya mendapatkan ayat contoh bagi perkataan ALPUKAH yang membawa maksud usaha atau inisiatif. Terima kasih. | Perkataan alpukah merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang bermaksud daya usaha, inisiatif dan kehandalan. Perkataan tersebut tidak lazim digunakan oleh masyarakat dalam ungkapan harian. Contoh ayat: Alpukah yang ditunjukkan oleh laksamana dalam mempertahankan kedaulatan negara amatlah dihargai oleh Datuk Bendahara. | Tatabahasa | 18.12.2017 |
Bolehkah menggunakan perkataan pinjaman bahasa jawa dalam karangan bahasa melayu? | Tidak semua bahasa Jawa boleh diterima dalam konteks rasmi kerana bahasa Jawa tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya. | Tatabahasa | 05.10.2014 |