| Saya penterjemah sari kata. Apakah istilah dalam bahasa melayu yang paling sesuai untuk "expecting parents"? Adakah "ibu bapa mengandung" diterima? Dalam konteks ini, "expecting" bermakna "hamil". | Saudara, "expecting mother" diterjemahkan sebagai ibu mengandung. Jika "expecting parents" diterjemahkan sebagai "ibu bapa mengandung" tidak logik kerana bapa tidak mengandung. Maka, dicadangkan "bakal ibu bapa" atau "bakal ayah dan ibu". | Penyemakan dan penterjemahan | 08.04.2015 |
| Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan. | Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis. | Istilah | 13.06.2012 |
| Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya. | Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu: i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal. ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas. iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
| Encik, Dari segi maksud dan logik, penggunaan perkataan 'menawarkan' dalam ayat berikut adakah betul? * Ibu menawarkan kopi yang pahit itu. Persoalannya, jika kopi telah ditawarkan, adakah terdapat rasa kopi lagi dari segi logiknya? Terima kasih. | Ayat tersebut memang logik dan betul. Maksudnya ibu menawarkan kopi yang pahit tersebut supaya tidak pahit rasanya. Mungkin ibu menambahkan air di dalam kopi tersebut. Dari segi logiknya, apabila kopi pahit itu ditawarkan rasanya dengan menambahkan air, rasa pahitnya telah hilang. Ini berbeza dengan maksud seperti, syarikat itu menawarkan kerja baharu kepada Ali. Maksud menawarkan kerja di sini ia;ah "offer" dlam bahasa Inggerisnya. Jadi sdr jangan keliru tentang penggunaan menawarkan dan sesuaikannya dengan ayat yang dibina. Terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2008 |
| Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk? | Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218. Terima kasih. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
| Ini bukan soalan tapi komen terhadap jawapan yang diberikan oleh DBP untuk dua soalan berkenaan peribahasa "mengata dulang paku serpih". Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di mana pihak DBP mengatakan versi yang betul ialah "mengata dulang paku serpih". Versi yang betul ialah "memaku/mengetuk dulang paku serpih/ mengata orang dia yang lebih." Baris pertama dalam pantun dua kerat ini ialah pembayang dan hanya untuk memberi rima kepada baris seterusnya. Maka perkataan "mengata" bukan berada di situ. Dari segi logiknya, mana mungkin kita "mengata" dulang? Satu lagi, ia adalah juga logik apabila memaku dulang, paku akan menjadi serpih. Sila membuat pembetulan di atas jawapan yang diberikan ini. Sekian, terima kasih. | Jawapan Khidmat Nasihat Bahasa merujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu, susunan Abdullah Hussain. Mungkin pendapat tuan ada benarnya dan kami boleh menerima setelah ada dapatan/kajian yang mengesahkannya serta dibuat pindaan dalam kamus/buku peribahasa susunan terbaharu. | Lain-lain | 24.02.2012 |
| PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |
| mm PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |
| llll PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |
| kkkk PAPAN TANDA NIAGA/IKLAN PERMIS INI TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAIMANA UNDANG-UNDANG DARI AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 DAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. BAHASA MELAYU WAJIB DIUTAMAKAN DARI SEGI 1. SAIZ 2. KEDUDUKAN 3. DAN WARNA BERBANDING BAHASA ASING. KITA DAH TUKAR JAWI KE RUMI MALAH MASIH ADA YANG ENGGAN BERBAHASA MELAYU DAN MAHU SAMARATAKAN BAHASA KEBANGSAAN INI DENGAN BAHASA ASING TERSEBUT. HAL INI SANGAT SERIUS ! TAK ADA SEPATAH PUN ISTILAH CINA, INDIA, MYANMAR, BANGLADESH DAN SEBAGAINYA DISEBUT DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. INI BUKAN IDENTITI NEGARA INI ! TAPI INI IDENTITI NEGARA LAIN ! MOHON PERIKSA KESAHIHAN SIJIL KELULUSAN DBP, KERANA ADA KES SEBELUM INI PREMIS MENGGUNAKAN SIJIL PALSU DBP. TAK LOGIK DBP LULUSKAN BILA BAHASA MELAYU DIPINGGIRKAN MALAH ADA YANG TAK ADA BAHASA MELAYU LANGSUNG PADA PAPAN TANDA IKLAN. MOHON PERIKSA PREMIS SEKITAR KAWASAN INI JUGA TERMASUKLAH PAPAN IKLAN/BUNTING/BANNER HARAM YANG LANGSUNG TIDAK MENGGUNAKAN SEPATAH HARAM PUN BAHASA MELAYU. IDENTITI - PERTUBUHAN PEMERKASAAN IDENTITI MALAYSIA | Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu pada papan premis perniagaan. DBP amat menghargai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Usaha pihak tuan dalam memantau dan melaporkan isu sebegini juga dapat membantu memperkukuh pematuhan bahasa kebangsaan secara bersama. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan peraturan ini terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menurut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan undang-undang kecil berkaitan, termasuklah keutamaan bahasa Melayu dari segi saiz, kedudukan, serta warna. Untuk tindakan penguatkuasaan, sila hantar aduan rasmi kepada PBT yang berkenaan berserta gambar, lokasi tepat, dan butiran lain. DBP boleh membantu menyemak kesahihan sijil DBP jika tuan memberikan maklumat lanjut seperti nombor sijil kelulusan papan iklan. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan dan semangat tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 16.01.2026 |