Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan  masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll).

Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan  antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi  ekonomi, pembangunan, industri dsb.     

Makna30.05.2008
Kenapa perkataan dilabelkan dalam ayat ini adalah salah? "Negara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". Terima KasihNegara Thai tidak mahu dilabelkan sebagai negara yang hanya bergantung pada negara-negara maju". - penggunaan dilabelkan dalam ayat ini betul kerana label juga membawa maksud (kiasan) mengecap seseorang sebagai mempunyai sifat yang tidak baik seperti jahat dan sebagainya.Tatabahasa09.06.2010
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif?Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang.Tatabahasa24.03.2012
Perkataan "madani" selalunya dikaitkan dgn perkataan "masyarakat". Boleh atau tidak perkataan "madani" dikaitkan dgn perkataan lain seperti pelajar madani, pekerja madani, melayu madani, bangsa madani, jiwa yg madani dan sebagainya?Madani berasal dari erkataan Arab yg bermaksud maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): justeru penggunaan perkataan tersebut perlu tepat mengikut makna dan konteks yang diberi.Tatabahasa17.08.2007
salam..saya sedia maklum bahawa pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan penterjemahan buku cerita?Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, jika tuan memerlukan khidmat tersebut sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506/2806 atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM) di Wangsa Maju.Lain-lain15.02.2013
Assalamualaikum, saya mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi penulis sambilan. Walaubagaimanapun saya tidak pernah mencuba atau mengambil peluang yang ada memandangkan saya kekurangan pengetahuan dlm bidang penulisan. Saya mempunyai banyak idea atau sumber utk menulis melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya melihat bahawa Malaysia kekurangan bahan penulisan yang lain daripada lain dari segi kehidupan sosial remaja. Boleh dikatakan 60 peratus penulisan berkisarkan tentang cinta. Saya pernah bekerja selama 2 tahun di sebuah gerai buku terkenal dan melalui pekerjaan tersebut, saya berpeluang untuk meningkatkan pembacaan saya dan idea penulisan saya tidak kira di dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Jadi saya amat berharap agar pihak tuan dapat membantu saya untuk bermula sebagai penulis baru atau pelapis demi mewarnai industri buku/penulisan di negara kita.Tambahan pula, baru-baru ini telah tersiar di akhbar utama bahawa untuk menjadi salah satu negara maju, Malaysia perlu menerbitkan beribu-ribu judul.Saya ingin menjadi salah seorang daripadanya. Saya harap tuan/puan dapat memberi respon dan membalas emel ini. Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain07.04.2009
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya se­hingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dan lain-lain).

Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul.
Tatabahasa30.05.2013
Salam, Saya ada soalan mengenai pernerbitan buku yang di terjemah. Saya ada berminat untuk menterjemah sebuah buku akademik. Siapa yg perlu sy hubungi dan prosedur yang sepatutnya. Terima kasihUntuk maluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan lagi tugas menterjemah buku. Fungsi berkenaan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Mohon tuan hubungi pihak yang berkenaan. Alamatnya ialah seperti yang berikut: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.Lain-lain30.05.2013
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa.Bahasa halus yang saya fahami  lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain20.07.2010
Mana satukah yang betul: 1. Buku itu mengandung tiga bab ATAU Buku itu mengandungi tiga bab. 2. Bergantung pada ATAU bergantung kepada 3. KOMERSIL atau KOMERSIAL 4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. 5. Perlu ke gunakan koma pada akhir baris setiap lirik lagu . Contoh: negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju, ATAU: negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju

Salam sejahtera,

1. Buku itu mengandungi tiga bab

2. Frasa yang betul ialah bergantung pada.

3. KOMERSIAL

4. Guru menerangkan maksud karangan itu kepada murid atau Guru menerangkan kepada murid maksud karangan itu. Kedua-dua ayat yang digunakan tersebut betul, namun penggunaan ayat yang pertama adalah lebih gramatis.

5. Fungsi utama tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah termasuklah memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan, seperti ayat: Emak telah membeli ikan, sotong, ketam, dan udang di pasar. Lazimnya tidak perlu diletak koma pada lirik lagu.

Tatabahasa24.11.2012
123

Kembali ke atas