| Di dalam puisi, 1) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya tajuk Puisi di tulis dengan huruf kecil walaupun pada permulaan perkataan? 2) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya permulaan ayat puisi untuk tiap-tiap perenggan tidak menggunakan huruf besar? 3) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya tiap baris puisi tidak mempunyai tanda koma atau nokhtah tiap akhir ayat/perenggan? | Selamat pagi Jawapan bagi soalan di atas: 1. Boleh. 2. Boleh. 3. Boleh. | Lain-lain | 31.05.2016 |
| Ayat manakah yang betul? A) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi. B) Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi. | Ayat yang betul ialah "Pihak kerajaan haruslah mengatasi masalah kesesakan jalan raya supaya tidak menjadi lebih serius lagi". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
| Salam sejahtera, a)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat. b)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak tersumbat. (Ayat a atau b betul?) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ayat A, “Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat.”
| Tatabahasa | 31.03.2024 |
| mengapakah perkataan ternak tidak menjadi menernak sepertimana dalam contoh-contoh ini..tembak-menembak,timbus-menimbus,tukul-menukul..sebaliknya ternak jadi "menternak" | Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Perkataan ternak - menternak - penternakan ialah sebahagian daripada kelompok kekecualian dalam bahas Melayu. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika tidak menjadi halangan kepada DBP, saya ingin meminta sedikit maklumat berikut sebagai panduan kepada saya menyiapkan tugasan saya di universiti: a. maksud konsonan dan vokal bahasa melayu. b. ciri-ciri konsonan dan vokal c. maksud antikulator dan transkripsi d. maksud alofon dan fonem serta perbezaan alofon dan fonem. e. maksud suprasegmental bahasa melayu, ciri-ciri suprasegmental f. maksud antikulator Tuan, jika tidak menjadi halangan kepada DBP dan tidak bertentangan dengan dasar DBP juga saya memohon agar pihak tuan mengirimkan kepada saya (emel) bahan/artikel yang sesuai berkaitan dengan perkara di ats. Sekian dan terima kasih. Wassalam | Soalan berbentuk tugasan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanpun bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman web kami dan di ruangan Carian Spesifik taipkan perkataan yang diperlukan. Saudara akan boleh lihat data yang berkaitan daripada kamus dan istilah. Jika tiada maklumat daripada kamus dan istilah, klik pada Artikel dan saudara boleh rujuk artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 06.06.2012 |
| wang simpanannya lebur dalam pelaburan yang tidak menjadi itu. ( munsyi, adakah lebur benar digunakan dalam ayat ini? TK) | Perkataan lebur boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.08.2013 |
| Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan? | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Istilah | 06.06.2010 |
| Jika di dalam sesebuah puisi menggunakan perkataan seperti, kaupergi, kaujua, kaubawa dan lain-lain yang terdapat perkataan kau di hadapannya yang dirapatkan dengan perkataan lain, adakah tidak menjadi kesalahan dan dibenarkan? | Bukan setakat dalam puisi sahaja perkataan "kau" perlu dirapatkan dengan kata kerja, dalam penulisan biasa juga perkataan "kau" itu perlu dirapatkan apabila bertemu dengan kata kerja. | Lain-lain | 31.05.2016 |
| Adakah perkataan "takziah" khusus digunakan untuk berita kematian sahaja? Sekian, terima kasih. | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Makna | 06.06.2011 |
| Salam sejahtera. 1) Dia tidak jadi marah. 2) Dia tidak menjadi marah. Kedua-dua ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah "Dia tidak jadi marah". | Tatabahasa | 26.11.2024 |