Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang paling panjang ejaannya ?Tidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan.Tatabahasa24.05.2011
Apakah perkataan yang paling panjang dalam bahasa Melayu yang pernah direkodkanTidak ada sumber rujukan DBP yang merekodkan perkataan bahasa Melayu yang paling panjang.Oleh itu, kami sarankan saudara merujuk Kamus Melayu untuk melihat kata Melayu yang paling panjang sama ada kata dasar atau kata terbitan.Lain-lain03.07.2008
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya se­hingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dan lain-lain).

Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul.
Tatabahasa30.05.2013
SEJENIS KERA YANG PANJANG TANGANNYA TETAPI TIDAK BEREKORKhidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut.Lain-lain27.04.2010
salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami.Makna24.01.2013
grab samplingPertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna atau padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu, padanannya ialah persampelan cekau (bidang kejuruteraan). Maksudnya pengambilan sampel tunggal bagi air, sisa dan udara yang diambil dalam tempoh yang singkat. Sampel ini tidak mewakili kadar panjang pada tapak persampelan.Lain-lain22.08.2010
Assalamualaikum. Adakah ini ejaan yang betul untuk menulis salam yang panjang dalam Rumi: "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"? Terima kasih.Tidak ada ejaan penuh bagi Assalamualaikum WBT dalam pangkalan data kami. Jika dieja seperti sebutan, ejaan yang diberi boleh diterima.Ejaan02.05.2013
Maksud "hilai tawa"Tidak ada maklumat tentang hilai tawa dalam pangkalan data kami. Perkataan yang betul ialah ilia; dan mengilai yang bermaksud tertawa dengan panjang serta nyaring. Kata "ilai tawa" jika dibentuk akan membawa maksud yang berlebih-lebihan atau lewah.Makna14.04.2013
apakah kata ganti yang paling sesuai untuk perkataan 'selamat datang'? perkataan tersebut mestilah mempunyai elemen mesra alam seperti istilah 'we are pleased to welcome you..." dalam bahasa inggeris.tidak boleh terlalu panjang, mesti pendek dan tepat.hrp saudari/i di DBP dapat membantuUngkapan Selamat Datang itu memang sudah cukup santun dan sesuai digunakan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Inggeris.Tatabahasa30.10.2007
1234567

Kembali ke atas