Ini soalan latihan BM anak saya, tidak tahu hendak pilih jawapan apa? Walaupun perkara kecil tapi sungguh menggusarkan. Soalan: Sebelum tidur Asyraf akan ...... gigi. a. memberus b. menggosok c. mencuci d. membasuh Saya tidak tahu nak pilih yang mana a. ATAU b. Setelah semak dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP, keduanya adalah betul. Mohon jawapan. Terima kasih. | Sebelum tidur Asyraf akan memberus gigi. Memberus bermaksud membersihkan dengan berus dan dalam situasi ini ialah berus gigi. | Tatabahasa | 02.01.2012 |
Pengesahan Bahasa Pada Papan Iklan | Fail yang disertakan tidak dapat dibuka. Sila buat permohonan pengesahan bahasa di https://pb.dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Terima kasih. | Lain-lain | 15.07.2021 |
ASSALAMULAIKUM, SAYA INGIN MEMBUAT PENDAFTARAN NAMA SYARIKAT " SENTUHAN QASEH BONDA ", SAYA TIDAK BERAPA FAHAM BAGAIMANA CARANYA. TOLONG BANTU SAYA. TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, pendaftaran nama syarikat SENTUHAN QASEH BONDA hendaklah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya nama SENTUHAN QASEH BONDA hendak digunakan sebagai nama perniagaan dan untuk mendapatkan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, tuan hendaklah menggunakan nama yang telah didaftarkan dengan SSM atau nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan baik dan betul, iaitu SENTUHAN KASIH BONDA. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. | Lain-lain | 14.06.2022 |
Selamat pagi tuan. Saya wakil dari Syarikat Zakaria Sulaiman Hardware Sdn Bhd ingin tuan menyemak perkataan Jawi yang telah saya tulis pada banner samaada betul atau tidak. Saya memerlukan jawapan dengan segera. Terima Kasih tuan. | Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 23.03.2022 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |
Mohon pihak DBP dapat memberikan istilah yang tepat bagi wealth creation, wealth protection dan juga wealth preservation. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk wealth creation, wealth protection dan wealth preservation. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. wealth - kekayaan 2. creation - ciptaan/penciptaan 3. protection - perlindungan 4. preservation - pengekalan/pemuliharaan Tuan boleh pilih perkataan yang sesuai dengan konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 05.03.2014 |
Salam. Pilih pernyataan yang betul: 1. Buku manakah yang paling murah? 2. Buku yang manakah paling murah? .."yang manakah" atau "manakah yang" Terima kasih. | Frasa "yang manakah" atau "manakah yang", kedua-duanya boleh digunakan dan tidak menyalahi tatabahasa dalam konteks ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 25.07.2019 |
Salam Sejahtera, Saya dalam proses untuk membuat penamaan bangunan bagi pihak majikan saya. Tetapi sudah tiga kali permohonan saya di tolak dan tidak lulus. No permohonan : 49367/2023 Boleh maklumkan saya maklumat yang perlu saya masukkan lagi untuk proses penamaan bangunan ini berjalan dengan lancar? Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 14.06.2023 |
Nak Tanya "Kalau saya tak silap, ________ ini anak Penghulu Kampung Sebatang. Betulkah?" tanya Ismail kepada seorang pemuda. A. tuan B. saudara Jawapan yang mana betul? kenapa pilih jawapan itu? Terima Kasih atas bantuan. ^^ | Salam sejahtera, Kedua-dua penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' dan 'saudara' boleh digunakan dalam ayat. Namun penggunaan yang lebih tepat ialah kata ganti nama diri 'saudara'. Hal ini disebabkan penggunaan kata ganti nama diri 'tuan' digunakan dalam konteks rasmi, manakala penggunaan kata ganti nama diri 'saudara' digunakan dalam konteks tidak rasmi. | Tatabahasa | 19.12.2012 |
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih. | Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat). | Tatabahasa | 12.04.2010 |