Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |
Tuan, Apakah jawapan bagi ayat di bawah dan bolehkah tuan terangkan perbezaan penggunaan ketiga tiga kata adjektif berikut?Menurut kamus,maksud mereka hampir sama,saya agak keliru. "Keropok di dalam tin masih ___ kerana tinnya tidak dimasuki udara." A.rapuh B.garing C.rangup Terima kasih | Untuk makluman, pemilihan perkataan dalam ayat biasanya digunakan mengikut konteks walaupun ketiga-tiga perkataan membawa maksud yang sama. Perkataan yang betul dalam konteks ayat yang diberikan ialah: Keropok di dalam tin masih rangup kerana tinnya tidak dimasuki udara.
| Tatabahasa | 24.01.2018 |
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)? | Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan: Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan). · Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak; biskut yang sudah hapak. Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan: Garing ialah keras tetapi rapuh seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup. | Makna | 06.04.2014 |