Assalam. Saya telah membaca buku Tatabahasa Dewan, halaman 525-529 tetapi gagal memahami persoalan yang saya tanyakan sebelum ini. Jika penanda wacana digunakan, adakah subjek perlu/boleh/wajib digugurkan? Contoh ayat: Antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak menyebabkan pemandu hilang kawalan. Selain itu, pemandu yang cuai. | Kami tidak dapat memahami soalan tuan sebelum ini dengan jelas. Walau bagaimanapun, tambahan maklumat yang dapat kami berikan ialah penggunaan penanda wacana bukanlah bermakna pengguguran objek boleh berlaku, kecuali dalam ayat majmuk atau ayat terbitan. Contoh, antara faktor kemalangan jalan raya ialah jalan rosak. Jalan yang rosak boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan. | Tatabahasa | 20.02.2018 |
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. | 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu) 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan. | Tatabahasa | 31.10.2017 |
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga? | 1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi. Manakala menaikkan pula bermaksud menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat... | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam... | Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh. b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh. Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C. | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Tuan, adakah untuk memahami penggunaan "menemui" dan "menemukan", saya perlu merujuk Kamus Dewan sahaja? Adakah saya tidak perlu mempedulikan bahawa akhiran-kan dalam "menemukan" digunakan untuk objek tidak bernyawa dan akhiran-i dalam "menemui" digunakan untuk objek bernyawa? Maksudnya Kamus Dewan memberikan pengertian yang paling tepat dan mematuhui peraturan bahasa? | Selain Kamus Dewan, tuan/puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Tuan/puan tidak boleh terikat dengan rumus "imbuhan Men...-kan untuk objek tidak bernyawa dan imbuhan Men...-I untuk objek bernyawa" sahaja. Rumus ini hanya untuk beberapa kata kerja tertentu seperti : Ali memberi kucing makanan Ali memberikan makanan kepada kucing. Akan tetapi ada juga rumus yang imbuhan Men..-kan dan Men---I boleh digunakan saling berganti tanpa membezakan makna, seperti: Ali membaiki kereta yang rosak Ali sedang membaikkan kereta yang rosak. Untuk memahami penggunaan imbuhan atau apitan Men...-kan dan Men...-I, sila lihat Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 202 - 208. Tuan/puan boleh berbincang dengan guru untuk mendapatkan penerangan lanjut. | Tatabahasa | 02.12.2014 |
pondok (usang / buruk) itu perlu diperbaiki secepata mungkin. yang manakah betul ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, usang bermaksud 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan, manakala buruk pula bermaksud 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik. Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Namun penggunaannya dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Lain-lain | 10.03.2010 |
Merealisasi atau merealisasikan? Tolong berikan contoh apabila me...(diakhiri dengan) kan dan me... tidak diakhiri dengan kan seperti menyepak bola dan alasan kenapa ia begitu. Ada di diakhiri dengan kan ada yang tidak, tolong jelaskan. | Merealisasi atau merealisasikan , keduanya-duanya boleh digunakan. Terdapat sebilangan kecil kata yang menerima apitan meN-…-kan dan meN…-i, penggunaanya silih berganti tanpa membezakan makna, contohnya: Ali sedang membaiki/membaikkan keretanya yang rosak. Kami masih dalam proses merealisasi/merealisasikan cita-cita kami. Perkataan merealisasi sebenarnya terdiri daripada kata dasar realisasi yang menerima apitan meN-…-i (merealisasii) tetapi telah digugurkan satu i. Kata kerja boleh dihasilkan dengan proses pengimbuhan sama ada imbuhan awalan , akhiran, apitan dan sisipan. Kata kerja yang terbentuk daripada imbuhan awalan meN- (variasinya: me-, mem-, men-, meng-) menerbitkan dua makna: 1) melakukan perbuatan atau 2) menyatakan keadaan. Bagi makna melakukan perbuatan dipecahkan kepada lima maksud iaitu i) melakukan sesuatu , contohnya: merayu, membuka, mentadbir, mengheret, menjahit (Emak menjahit baju). ii) mengeluarkan suara, contohnya: mengaum, mengiau; iii) membuang, contohnya: merumput; iv) menuju sasaran, contohnya: menepi, mendarat; v) menjadi seperti atau menyerupai sesuatu, contohnya: membusut. Bagi makna menyatakan keadaan dipecahkan kepada dua iaitu i) hidup sebagai, contohnya: membujang, menjanda; ii) menjadi, contohnya: memanjang. Kata kerja yang terbentuk daripada apitan meN …kan menghasilkan maksud : i) membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, contohnya: Dia merundingkan hal itu tadi. ii) kausatif atau menyebabkan, contohnya: Aril memanjangkan bacaan doanya. iii) manfaat, contohnya: Emak menjahitkan adik baju kurung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 143 – 223. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
.....akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah negara. tuan/puan,betulkah penggunaan kata dalam ayat di atas? 'menyerang' sesuai digunakan dlm konteks ayat tersebut atau tidak? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyerang juga membawa maksud 2. menimpa (penyakit dan lain-lain), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dan lain-lain): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri. Oleh itu, penggunaan menyerang dalam contoh yang diberikan boleh digunakan. | Tatabahasa | 05.08.2015 |