maksud perkataan : TERLAMPIR contoh ayat : SEPERTI TERLAMPIR | Perkataan ini tidak salah dari segi Tatabahasa, tetapi jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah seperti lampiran, dilampirkan, di lampiran. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Maksud lampir ialah helai (kertas, surat, muka surat, dll), keping. Untuk keterangan maksud, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 30.04.2009 |
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih. | 1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam. 2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.
| Tatabahasa | 21.05.2015 |
manakah yang tepat antara dalam kalangan atau di kalangan? | Kedua-dua penggunaan tersebut tidak salah, namun yang paling tepat ialah "dalam kalangan" merujuk kepada tempat yang abstrak (kalangan) dan untuk membezakan tempat yang jelas sifatnya seperti di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasih | Ya ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis, tidak+salah">tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak+cacat">tidak cacat. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
Apakah beza 1. senggara 2. selenggara | Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Jadi, tidak salah kalau digunakan untuk menunjukkan maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
assalamualaikum. saya ingin bertanya, adakah penggunaan 'saya sekeluarga' salah? sekiranya salah, mengapakah ayat ini dikatakan salah? | Frasa saya sekeluarga tidak salah, namun penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks penggunaanya. Lihat penjelasan kami sebelum ini. Jika ungkapan itu dituturkan ketika berlawan cakap antara seorang dengan seorang yang lain, ayat "saya sekeluarga akan pergi Pulau Pinang" paling tepat. Jika dituturkan kepada seseorang yang lain dan disertai oleh ahli keluarganya, ayat "kami sekeluarga..." yang paling tepat. | Tatabahasa | 23.11.2015 |
Kenapa salah satu daripada faktor salah ? bukankah lebih gramatis kalau diucapkan salah satu daripada faktor berbanding dengan salah satu faktor ? terima kasih. | Frasa salah satu daripada faktor tidak salah tetapi frasa salah satu faktor telah lengkap, maknanya boleh digunakan kedua-dua frasa dan kebiasaannya kita menggunakan ayat yang pendek. | Tatabahasa | 26.09.2007 |
Adakah betul ayat ini? - "Apa dia?" tanya Ritah. | Untuk dialog dalam karya sastera atau percakapan lisan, ayat"Apa dia?" tidak salah jika digunakan. | Lain-lain | 01.11.2015 |
Kenapa frasa 'makin hari semakin ketara' salah? Tolong beri penjelasan. Terima kasih | Frasa ini tidak salah tetapi tidak baku. Yang betul ialah 'Semakin hari semakin ketara'. | Tatabahasa | 12.02.2008 |
Yang mana betul penggunaannya Selenggara atau senggara Contoh ayat: Menyenggara daftar penghutang | Maksud kedua-dua perkataan ini adalah sama. Jadi, tidak salah kalau digunakan untuk menunjukkan maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum. | Makna | 31.07.2008 |