"Persepsi setiap individu adalah tidak sama dalam semua perkara." Adakah ayat ini betul atau perlukan apa-apa pembetulan seperti menggunakan 'bagi' menggantikan 'dalam'? | Ayat yang betul ialah "Persepsi setiap individu tidak sama dalam semua perkara". | Tatabahasa | 06.05.2014 |
maksud kesan pertembungan budaya | Pertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial. | Makna | 06.04.2014 |
Assalam wbt & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pencerahan, adakah maksud "tabika" sama dengan "tadika" ataupun tidak? Sekiranya tidak sama, mohon pencerahan apakah maksud sebenar "tabika" & "tadika"? | Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Maksud tabika dan tadika tidak sama. Tabika ialah akronim bagi Taman Bimbingan Kanak-kanak (tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja). Tadika ialah akronim bagi Taman Didikan Kanak-kanak (kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun, sebelum mereka memasuki sekolah rendah) | Makna | 02.12.2017 |
DBP, adakah berperdu daripada bermaksud berpunca daripada a? | Berperdu bermaksud berasas, kata berasas tidak sama dengan berpunca. | Tatabahasa | 04.10.2011 |
Bolehkah rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" digantikan dengan "memerlukan cadangan terbuka"?? | Rangkai kata "menuntut keterbukaan minda" tidak sama dengan "memerlukan cadangan terbuka". Frasa cadangan terbuka lazimnya sesuatu yang dicadangkan. Frasa yang boleh digunakan ialah "memerlukan pemikiran terbuka". | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Jika rumus bagi akronim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah Jakim dan Berita Nasional Malaysia ialah Bernama, kenapa ejaannya tidak sama iaitu JAKIM dan BERNAMA (huruf besar) dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | Pada dasarnya rumus menulis akronim dinyatakan di dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 105-106. Walau bagaimanapun, dari segi amalan organisasi, contohnya JAKIM dan BERNAMA mengeja nama organisasi tersebut menggunakan huruf besar. Untuk makluman puan, Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai kamus umum merakamkan bentuk ejaan sebenar yang digunakan oleh organisasi tersebut. | Ejaan | 20.07.2018 |
Saya telah membaca maklum balas yang terdapat dalam bahagian carian kata tentang 'tarian ngajat'. Ada beberapa jawapan yang tidak sama tentang kata majmuk 'tarian ngajat'.Jadi, 'tarian' ngajat' perlu ditulis huruf besar pada pangkal setiap perkataan sekiranya ialah kata nama khas kerana dalam Kamus Dewan ditulis huruf kecil pula. | Dalam Kamus Dewan, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am. Contoh ayat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat. | Tatabahasa | 12.07.2017 |
Adakah ungkapan "bergaul dengan" sama dengan "menggauli"? | Menggauli tidak sama maksudnya dengan bergaul dengan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Menggauli | Makna | 03.05.2013 |
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih, | Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia. | Istilah | 17.12.2019 |
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul? | Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat. | Istilah | 04.11.2012 |