Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Asam kandis asam geligir,
     Taruh mari di dalam dulang;
Mulutnya manis di luar bibir,
     Manis tidak sampai jua ke tulang.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Bagai melepaskan batuk di tangga.

Bermaksud :

Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

 

Lihat selanjutnya...(28)

391

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah basah kehujanan.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah basah kehujanan. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih.dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa25.07.2012
Mohamad Firdaus Ismail FRI 23:07 Mohamad Firdaus Ismail Mohamad Firdaus Salam. Sekadar makluman. Buku yang dibeli dari koperasi pihak tuan sudah 2 minggu tidak sampai-sampai.Tuan boleh menghubungi koperasi melalui talian 03-21455501untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.10.2016
Salam Sejahtera Apa beza separuh dengan satu perdua dalam ayat? Bagi ayat berikut: Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai ___________. (separuh atau satu perdua yang lebih tepat) Sekian, terima kasih.Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana bilangan ahli yang hadir tidak sampai separuh daripada jumlah keseluruhan.Tatabahasa30.04.2015
Salam, Saya keliru mengenai peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah justifikasi peribahasa yang membawa maksud 'membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai' ini? Terdapat teori masuk akal yang mengatakan peribahasa tersebut menggunakan perkataan 'batok' dan bukan 'batuk'. Tetapi setelah merujuk DBP, saya dapati peribahasa itu guna perkataan 'batuk'. Bagaimana terbatuk di tangga boleh membawa maksud kerja tertangguh? Mohon pencerahan. Terima kasih!Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Sehingga hari ini, penggunaan perkataan "batuk" masih kekal dan digunakan sebagai panduan dalam buku peribahasa. Wallahualam.Makna14.04.2014
salamun alaikum saya abdullah dari Turki (saya tadi hantar mail ini ke PRPM tapi tidak sampai jadi tolong forward mail ini kepada PRPM) saya belajar bahasa melayu, saya banyak pakai web site PRPM ini. saya banyak berterima kasih atas khidmat kamus DBP. saya sejak 4 tahun pakai kamus online dbp, tetapi saya rasa dulu aturan kamus online lagi bagus daripada kamus online sekarang. saya cadangkan mengaturkan kamus cara begini: contohnya saya cari perkataan MAKAN pertama bagilah MAKAN di kamus dewan ke 4 (tetapi bagilah bahagian makan sahaja) lepas itu bagilah perkataan MAKAN di kamus pelajar ; lepas itu kamus inggiris melayu dan seterusnya. dan apabila habis semua kamus baru letakkan perkataan MAKAN yang ada di mana-mana bahagian kamus. minta maaf susahnya bagitahu sistem tersebut kerana saya masih tidak pandai bahasa malaysia. maklumat tentang saya boleh ditanya kepada puan Rosilawati Syarif (pegawai dbp) sekian, terima kasih

Terima kasih atas perhatian yang diberikan. Cadangan saudara kami ambil maklum dan akan dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab menangani hal sistem ini. Kami sentiasa membuat penambahbaikan (jika difikirkan kewajarannya) bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Lain-lain13.01.2011
Adakah DBP terlibat sebagai penyemak ayat-ayat peraturan Kerajaan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon DBP menyemak pekeliling Kerajaan kerana ayat dalam pekeliling mengelirukan dan tidak sampai maksud.... Mohon bantuan DBP berhubung isu ini.Untuk makluman puan, setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan telah melalui proses penyediaan yg ditetapkan dan disemak oleh pihak-pihak yg berkepentingan. Setakat ini, tidak diwajibkan pekeliling disemak dan disahkan penggunaan bahasanya oleh DBP. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah melantik perujuk bahasa atau pegawai bahasa di setiap kementerian dan DBP bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan nasihat berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Lain-lain24.10.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. teleportation machine  - mesin teleportasi
2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi
3. teleported - diteleportasikan
Istilah18.07.2016
adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan "batok". Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu terkeliru dengan majikan saya yang memberikan perkataan batuk kepada batok untuk peribahasa melayu "Bagi melepaskan batuk di tangga" Harap selesaikan masalah ini. Terima kasihPeribahasa yang betul ialah bagai melepaskan batok di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. Merujuk peribahasa tersebut yang dimaksudkan  "batok" ialah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki.Lain-lain06.11.2009
Saya merujuk laman dbp ( http://rujukan.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111) yang menyatakan cerpen merupakan cerita fakta yang dicampur imaginasi. dan antara cirinya panjang cerpen 5000 hingga 20000 patah perkataan. Jika cerita kurang dari 5000 patah perkataan boleh dikategorikan sebagai apa? Contoh buku cerita kanak-kanak yang hanya beberapa patah perkataan (tidak sampai 5000 patah perkataan)Cerita kanak-kanak dan cerpen merupakan antara kategori penulisan di bawah 5000 patah perkataan.Lain-lain03.09.2024
senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baikApabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas.Lain-lain10.10.2006
12345678910...

Kembali ke atas