Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara bergelimpangan,bertempiaran,bertaburan,berselerak dan bertebaran.

Secara umumnya perkataan bergelimpangan, bertempiaran, bertaburan, berselerakan dan bertebaran mempunyai makna yang bersinonim iaitu keadaan yang tidak teratur, berselerak, menggeletak, bertaburan, keadaan tidak tentu haluan, bersebar, berserak-serak dan sebagainya.  Walau bagaimanapun setiap perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Hal ini  bermaksud  tidak semua perkataan boleh ditukar ganti. Kesalahan memilih perkataan boleh menyebabkan ayat kedengaran janggal dan maksudnya tidak tepat.     

 

Makna20.05.2020
Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan.

Tatabahasa21.04.2022

Kembali ke atas