Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tidaknya

Peribahasa

Ikhtiar menjalani,
     untung menyudahi.

Bermaksud :

Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "Apa tidaknya" tkSila berikan contoh perkataan dalam ayat kerana soalan yang diajukan tidak difahami.Makna24.12.2022
Saya mahu bertanya perbezaan penggunaan "legenda" dan "lagenda".Perkataan atau ejaan yang tepat ialah lagenda yang bermaksud cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah.Ejaan15.08.2018
Wujud tak perkataan keesahan atau kesahan?apa perkataan asal tanpa imbuhannya?maksud bagi perkataan berkenaan? Wujud tak perkataan penjalanan?Perkataan "kesahan" wujud dalam bentuk kata bahasa Melayu dan bermaksud perihal sah atau sah tidaknya sesuatu perkara.  perkataan "penjalanan" tidak ada dalam bahasa Melayu.Tatabahasa08.04.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka agar memberikan maklum balas kepada cadangan terjemahan yang sesuai bagi frasa "Make Love, Not War" ke dalam bahasa Melayu. Adakah tepat; atau setidak-tidaknya sesuai mengikut konteks ayat sekiranya saya memberikan beberapa cadangan terjemahan terhadap frasa yang disebutkan di atas seperti berikut: a) Bikin Cinta, Bukannya Berperang b) Berkasih Sayanglah, Janganlah Berperang c) Mencipta/Membuat Cinta, Jangan Berperang

Cadangan terjemahan bagi frasa "Make love, not war" ialah “Pupuk kasih sayang, bukan peperangan”.

Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan15.11.2022
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan: 1. merarau 2. cicipan 3. kudapan 4. gabi Asal kesemua perkataan itu dari negara mana? Terima kasih.Kamus Dewan memberikan makna  "merarau" sebagai "makan tengah hari" daripada bahasa sukuan di Sarawak; "mencicip" ialah merasa (mencuba) masakan, contoh ayat men­cicip gulai untuk mengetahui sedap tidaknya; manakala "gabi" ialah "makan malam" juga asalnya daripada bahasa di negara Malaysia.Makna03.02.2014
Salam sejahtera Tuan/Puan 1) Apakah perbezaan antara 'pemahaman' dan 'kefahaman'? 2) Ayat manakah yang betul: 2a) Soalan disediakan bagi menguji pemahaman murid. 2b) Soalan disediakan bagi menguji kefahaman murid. Sekian, terima kasih. CK1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemahaman bermaksud perihal memahami, atau apa yang difahami tentang sesuatu perkara, manakala kefahaman ialah keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dsb.).
 2. Kedua-duanya boleh digunakan.
Tatabahasa14.02.2012
Maklum balas Khidmat Nasihat - tiada istilah khusus untuk "Supermoon". Bulan purnama bermaksud bulan bulat penuh pada 15hb. Purnama raya bermaksud purnama yang sebulat-bulatnya. Kamabng/ambang bermaksud terapung. Fenomena Supermoon "moon is full at its closest point to the Earth" bermaksud bulan mengambang kelihata terdekat dengan bumi. Jika purnama bermaksud bulan yang bulat benar, dan kambang berkmasud terapung seoalah-olah mengapung di udara (bukan angkasa). Bolehkah supermoon itu disesuaikan istilahnya dengan purnama ambang? Setitdak-tidaknya bahsa Melayu mempunyai istilah tertentu untuk supermonn.Berdsarkan semakan kami "supermoon" ialah fenomena bulan penuh sama seperti full moon, hanya yang berbeza fenomena "supermoon" bulan kelihatan lebih besar kerana faktor jarak bulan dengan bumi. Pada ketika ini terjemahan "supermoon" dikekalkan kepada bulan penuh (supermoon) dan diletak dalam kurungan perkataan bahasa sumbernya bagi mengelakkan kekeliruan dengan terjemahan full moon. Perkara ini telah dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapatkan istilah yang tepat bagi fenomena tersebut.Istilah14.07.2022
Untuk makluman tuan saya ditugaskan di seksyen yang baru di jabatan kami. iaitu Seksyen Inspektorat. Tugas utama Seksyen ini adalah melaksanakan audit terhadap Pengurusan Rekod yang dilaksanakan di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Saya mengalami masalah untuk memberi pengertian, makna dan perbezaan di antara: a. Isnpektorat b. Audit Apakah yang dimaksudkan dengan Inspektorat dan Audit ataupun pengauditan. Bolehkan tuan/puan memberi pandangan dari segi bahasa, istilah dan maksud bagi membolehkan kami melaksanakan tugas dan fungsi sesuai dengan yang dimaksudkan. Sekian, terima kasihMerujuk sumber rujukan kami padanan kata inspectorate dalam sumber rujukan kami ialah Jemaah Pemeriksa, melihat-lihat dengan teliti untuk mengetahui betul tidaknya; atau dalam konteks sekolah/pendidikan ialah Jemaah Nazir. Kata audit pula bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (berkaitan dengan akaun), manakala pengauditan merujuk hal memeriksa dan mengesahkan sesuatu akaun. Berdasarkan makna yang tersebut seksyen puan menjalankan kerja pemeriksaan (bukan audit/pengauditan) seperti sebuah Badan/Jemaah Pemeriksa.Makna12.01.2011
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda?

Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga.

Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda?

Lain-lain09.07.2010

Kembali ke atas