Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan penggunaan kata pemeri. 1. Maksud beradu adalah tidur. 2. Maksud beradu ialah tidur. 3. Beradu bermaksud tidur. Berdasarkan ketiga-tiga ayat ini, ayat yang manakah yang betul? Tidur merupakan kata kerja. Jadi, kata pemeri sepatutnya tidak boleh digunakan. | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir (digunakan) di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat yang betul ialah, “Beradu bermaksud tidur”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 263 dan laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 04.06.2024 |
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa? | Saya bangun daripada tidur. | Tatabahasa | 15.08.2008 |
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;. Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;. Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya. | Tatabahasa | 23.02.2013 |
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri? | Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24. Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Penggunaan kata sendi dari,daripada. 1) bangun dari / daripada tidur? Jika dari/ daripada, apakah alasannya. 2) mengambil wang dari / daripada mesin ATM? | Bangun daripada tidur dan daripada mesin ATM. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 265. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Manakah yang betul? 1. Pada masa itu, saya sedang tidur. 2. Pada ketika itu, saya sedang tidur. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Salam. Boleh saya tahu istilah yang tepat bagi... 1 a) di dapur b) di dalam dapur 2 a) di bilik tidur b) di dalam bilik tidur Terima kasih | Jawapan yang betul ialah: 1. A) di dapur B) di bilik tidur | Tatabahasa | 09.07.2025 |
1) Saya nak buat slogan untuk tema perkataan ini MENINGKATKAN OPTIMA TIDUR SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH 2) Adakah ayat betul tatabahasanya atau perlu ada pertukaran ? Terima kasih | Dicadangkan slogan tersebut ditukar kepada "MEMPEROLEH TIDUR YANG OPTIMUM SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH" | Tatabahasa | 23.04.2015 |
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. 1. bau yang harum atau harum baunya betul? berkembang dengan pesatnya atau pesat berkembang betul? berlari dengan pantas atau berlari dengan pantasnya betul? 2. Mereka mengemas bilik tidur atau mereka mengemaskan bilik tidur betul? 3. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya atau saya telah dihadiahi oleh ibu seutas jam tangan pada hari jadi saya betul? 4. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan. Adakah ayat ini betul? 5. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. Adakah ayat ini betul? Terima kasih atas jawaban tuan. | Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. 1. Bau yang harum/harum baunya 2. 2. Berkembang dengan pesatnya/pesat berkembang 3. 3. Berlari dengan pantasnya 4. 4. Mereka mengemas bilik tidur/mereka mengemaskan bilik tidur 5. 5. Saya telah dihadiahi seutas jam tangan oleh ibu pada hari jadi saya 6. 6. Lariannya yang pantas itu membolehkannya memenangi pertandingan 7. 7 7. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. | Tatabahasa | 15.07.2021 |
Salam DBP, Mana peribahasa yang betul? 'Bagai kucing tidur di bantai' atau 'bagai kucing tidur di bantal'? Di database DBP pakai 'bantai'. Mohon pencerahan. Terima kasih. | 1.6em; orphans: 2; widows: 2; letter-spacing: normal; outline-color: invert; padding-right: 0px; background-color: rgb(255,255,255); text-indent: 0px; font-variant-ligatures: normal; font-variant-caps: normal; -webkit-text-stroke-width: 0px; text-decoration-style: initial; text-decoration-color: initial;border: 0px;">Peribahasa yang betul ialah "Bagai kucing tidur di bantai". Peribahasa ini membawa maksud hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Lain-lain | 15.07.2019 |