| Aswt.Saya dihubungi oleh pihak DBP tentang penerbitan semula sastera Kanak-Kanak siri Tidurlah Intan pada tahun 2008.Saya nak dapatkan maklumat bilakah bayaran royalti dibayar kepada penulis/karyawan.Jawapan awal tuan adalah sangat dihargai.Sekian,terima kasih. | Buku Siri Tidurlah Intan telah diterbitkan semula pada tahun 2009 dengan judul Bacalah Sayang sebanyak 12 jilid. Bahagian Harta Intelek DBP sedang menguruskan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti kepada penulis yang terlibat. | Lain-lain | 22.08.2010 |
| Perbezaan semalam dengan kelmarin. Mohon penjelasan. T.kasih | Saudara Zulkifli, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam. Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson; Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. | Makna | 05.08.2009 |
| Liza Albatraoz 2:44PM salam sejahtera.saya nak tanya,di mana sy boleh dapatkan buku2 terbitan DBP pertengahan tahun 80-an? Pertengahan tahun 1980an, penerbitan siri cerita rakyat Malaysia 1. PUTERA KIAMBANG (cerita asal rakyat Pulau Pinang) 2. NAGA LAUT KEPALA TUJUH (rakyat perak) 3. DULI TUAN KECIK (tganu) 4. SI BONGSU DAN KAK NAM (Melaka) 5. Bukit setimbun tulang (Kelantan) 6. Kuda Hijau Siri Tidurlah Intan saya ingin membelinya utk hadiah anak saya... harap dapat bantu.. terima kasih Seen by Liza Albatraoz at 2:44pm | Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. | Lain-lain | 29.07.2016 |
| Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |