Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi? | Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi. | Makna | 10.07.2016 |
Assalamualaikum.Saya Husna Binti Ma,pauzee,belajar bahasa Melayu.Ingin bertanya tentang tatabahasa yang berkaitan dengan morfologi,fonologi dan sintaksis.Apa definisinya dan adakah tiga-tiga ini berbeza?.Terimakasih, sudi menjawab soalan saya. | Sedikit maklumat yang dapat diberikan tatabahasa ialah bidang ilmu yang mempelajari kaedah-kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistilk. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden. | Tatabahasa | 10.09.2015 |
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya. | Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
Kata Nama - penggunaan kata nama yang betul...tingkatan tiga teratai @ Tingkatan Tiga Teratai? | Tingkatan Tiga Teratai ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
tuan, harap dapat penjelasan tentang penggunaan penjodoh bilangan melibatkan kata bilangan tentu? Nampaknya penjodoh bilangan digugurkan. Contoh tiga pelajar...., tiga kereta dll. Adakah sebarang panduan penggunaan? Terima kasih | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penjodoh bilangan penting bagi pasangan kepada nama sesuatu benda untuk menunjukkan bilangannya, contohnya tiga orang pelajar dan tiga buah kereta. | Lain-lain | 23.11.2011 |
Bagaimana hendak ditulis bagi ayat berikut 'Sejak dua tiga hari' atau 'sejak dua-tiga hari'? Perkataan 'dua tiga' itu perlu dijarakkan atau perlukan tanda sempang? | Ejaan yang betul, "sejak dua tiga hari...". | Tatabahasa | 02.03.2015 |
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Penggunaan (/) dalam bentuk penulisan satu/ dua/ tiga atau satu/dua/tiga | Penggunaan (/) yang betul ialah satu/dua/tiga | Ejaan | 02.08.2019 |
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |