tuan, harap dapat penjelasan tentang penggunaan penjodoh bilangan melibatkan kata bilangan tentu? Nampaknya penjodoh bilangan digugurkan. Contoh tiga pelajar...., tiga kereta dll. Adakah sebarang panduan penggunaan? Terima kasih | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penjodoh bilangan penting bagi pasangan kepada nama sesuatu benda untuk menunjukkan bilangannya, contohnya tiga orang pelajar dan tiga buah kereta. | Lain-lain | 23.11.2011 |
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Kata Nama - penggunaan kata nama yang betul...tingkatan tiga teratai @ Tingkatan Tiga Teratai? | Tingkatan Tiga Teratai ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Assalamualaikum... yang mana satu betul, tiga meter setengah atau tiga meter setengah... keliru. Tolong tuan jelaskan. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah tiga setengah meter. Dalam konteks ini, nombor atau bilangan diletakkan dahulu sebelum unit. Contoh lain adalah seperti dua setengah kilometer, dua setengah inci dan dua setengah minit. | Tatabahasa | 15.07.2013 |
Assalamualaikum, Saya ada terjumpa penggunaan perkataan iaitu BECA TIGA RODA. Apa bezanya dengan BECA RODA TIGA. Mana yang tepat? Terima kasih. | Waalaikummussalam... Kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu beca yang memiliki tiga roda. 'Beca Roda Tiga' merupakan pengggunaan perkataan yang tepat. | Istilah | 17.10.2012 |
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa | Jawapan seperti berikut: 1. Ketiga-tiga buah bungkusan. 2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai 3. Kedua-dua ibu bapa 4. ibu dan bapa
Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana | Tatabahasa | 01.05.2010 |
1. Tiga puluh empat dan sen lima puluh sahaja. 2. Tiga puluh empat dan lima puluh sen sahaja. Yang manakah ayat yang gramatis ? | Frasa yang betul ialah tiga puluh empat ringgit dan lima puluh sen. Unit perlu diletakkan di belakang. | Ejaan | 06.02.2010 |
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga. | Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. | Ejaan | 19.08.2011 |
Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah. | Harga tiga setengah kilogram pulut itu ialah RM18.00. Ayat tersebut betul atau salah. Ayat tersebut betul, kiraan/ jumlah (tiga setengah) diikuti dengan unit (kilogram). | Tatabahasa | 29.05.2013 |
Tuan, saya ingin bertanya: Manakah yang betul: tiga per lima . (muncul dalam Kamus Dewan Edisi Keempat m.s 56) ATAU tiga perlima . | Ejaan yang betul ialah tiga perlima, dan tidak sama seperti ejaan satu per satu (yang bermaksud satu demi satu). Kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku. | Tatabahasa | 06.08.2010 |