(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan? | Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
ADAKAH BETUL PERKATAAN DIEJA SEPERTI BERIKUT:- I) KALI KE 15 II)KE-TIGA | Ejaan yang betul ialah "kali ketiga" dan "kali ke-3". | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Pengwujudan program audit bahasa Melayu bertujuan memantau penggunaan bahasa kebangsaan di peringkat perkhidmatan awam. Program tersebut perlu dilakukan dengan melihat dua aspek utama, iaitu untuk meninjau dalam perkhidmatan awam tentang; (i) sejauh mana bahasa Melayu diguna pakai; dan (ii) kualiti penggunaan bahasa kebangsaan. Tinjauan terhadap kedua-dua aspek lebih bermakna jika cara pelaksanaan adalah berkesan dan terdapat impak yang berguna ke arah pembangunan bahasa Melayu. Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i. Tiga langkah pelaksanaan program berkenaan secara sistematik. ii. Tiga implikasi program tersebut terhadap usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam. | Untuk makluman puan, soalan yang dikemukakan ini memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu puan menyelesaikan tugasan ini, sila rujuk makalah yang berkaitan program audit bahasa yang dibincangkan di media massa. | Lain-lain | 28.03.2012 |
i. Pelbagai jenis buah ii. Pelbagai jenis buah-buahan iii. Pelbagai buah Penggunaan ketiga-tiga pelbagai di atas, yang manakah adalah betul? | Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'pelbagai buah'. | Makna | 15.04.2011 |
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih | (A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A). | Tatabahasa | 28.10.2014 |
Yang berikut ialah kekerapan perkataan berkenaan dirakamkan dalam Kamus DBP tertentu: kadangkala Kamus Dewan - 33 kali Kamus Pelajar - 5 kali Kamus Pelajar II - 12 kali Kamus Komputer – 1 kali Jumlah 51 kali kadang kala Tiada dalam mana-mana kamus DBP ada kala Kamus Dewan - 1 kali Kamus Pelajar - 1 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Jumlah 7 kali ada kalanya Kamus Dewan - 47 kali Kamus Pelajar - 4 kali Kamus Pelajar II - 5 kali Kamus Komputer - 1 kali Jumlah 57 kali adakalanya Kamus Dewan - 1 kali Jumlah 1 kali adakala Kamus Dewan - 3 kali Jumlah 3 kali 1. Ejaan untuk kata kadangkala adalah jelas satu perkataan. 2. Perhatikan bahawa adakala dimasukkan sebagai satu perkataan di tiga (3) tempat dalam Kamus Dewan termasuklah sebagai lema/entri utama/kata masukan, tetapi di tempat lain dimasukkan sebagai ada kala sebanyak tujuh (7) kali, malah ada kala dengan partikel -nya (ada kalanya) dirakamkan sebanyak 57 kali dalam Kamus DBP. Dengan kekerapan yang tinggi sebagai dua perkataan (ada kala/ada kalanya), mustahil berlaku kesilapan semasa penyuntingan, juga mustahil semasa atur huruf. Jadi, muktamadnya, kata ini harus dieja bagaimana? Qiu Syah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | Kami ambil maklum atas kekeliruan yang berlaku. Pihak kami akan berbincang dengan bahagian lain yang terlibat di DBP seperti Bahagian Perkamusan serta Bahagian Peristilahan dan Leksikologi bagi mencari satu ketetapan untuk dijadikan panduan. Pihak kami akan menghubungi saudara melalui alamat e-mel yang diberikan dengan kadar segera. | Lain-lain | 15.08.2012 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' Jawapan daripada pihak tuan seperti berikut; Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. Namun saya sudah buat semakan semula, sila lihat muka surat 139, subtajuk Penggandaan berentak. Saya lampirkan bersama-sama muka surat dan bukti | Jawapan telah kami berikan semalam tentang kata ganda berentak kayu-kayan dan sedu-sedan. Kami perlu merujuk pihak yang berkenaan tentang lampiran yang tuan sertakan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' | Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. | Tatabahasa | 05.07.2021 |
Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk tujuan perbincangan adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu. Adakah terdapat kesalahan dalam ayat di atas? Terutamanya penggunaan perkataan adalah | Cadangan penggunaan yang betul ialah “Tambah Azalina, menerusi sesi tersebut, terdapat tiga persoalan utama yang dikemukakan kepada peserta untuk perbincangan sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan yang sedia ada atau penggubalan akta baharu”. Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii)Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA). Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 21.11.2023 |
apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan? | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78. | Tatabahasa | 28.07.2018 |