1. Tiga puluh empat dan sen lima puluh sahaja. 2. Tiga puluh empat dan lima puluh sen sahaja. Yang manakah ayat yang gramatis ? | Frasa yang betul ialah tiga puluh empat ringgit dan lima puluh sen. Unit perlu diletakkan di belakang. | Ejaan | 06.02.2010 |
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan. | Puan, Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan. | Ejaan | 03.09.2010 |
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan" | Puan, Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan. Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328 Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian. | Makna | 12.07.2017 |
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut? Jawapan yang betul ialah: Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
| Tatabahasa | 21.08.2016 |
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus? | Betul, 1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus. | Lain-lain | 08.10.2010 |
yang manakah betul: 1)1.23 (tanpa peratus) - satu perpuluhan dua tiga atau satu perpuluhan dua puluh tiga tk. | Saudara, Yang betul ialah satu perpuluhan dua tiga. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasih | Satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
salam di sini ada 1 soalan 1)peratus sekiranya nombor dalam perpuluhan disebut satu perpuluhan dua tiga (1.23) bagaimana pula dengan peratus (%) adakah disebut satu perpuluhan dua puluh tiga peratus atau seperti di atas? | Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
mohon penjelasan penuh dari segi tatabahasa malaysia (cth; kata kerja, kata bilangan dan sebaginya); ayat berbunyi: (abang ceraikan kakak kamu, cerai,cerai,cerai) | 1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. 2.Kata bilangan boleh dibahagikan kpd. dua, iaitu kata bilangan kardinal (menyatakan jumlah secara keseluruhan, cth: dua, tiga puluh, empat puluh sembilan) dan kata bilangan ordinal (ditulis dgn. angka, cth: 2, 30, 49). Untuk makluman, kata ordinal kesatu boleh bertukar ganti dengan pertama yang merupakan pinjaman bahasa Sanskrit. 2. Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | 1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh. 2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | Tatabahasa | 25.03.2013 |