Perkataan NUKLEAR mempunyai berapa suku kata? Dua atau tiga suku kata? | Mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi-Sebutan kata nuklear mempunyai dua suku kata, nu.klear | Ejaan | 05.03.2008 |
suku kata bagi mengajar. boleh memperkenalkan apa-apa buku di pasaran yang mengenai suku kata? tq... | Ada tiga suku kata bagi perkataan mengajar, iaitu me.nga.jar. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua terbitan DBP. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
Imbuhan peN....menjadi penge....apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata. Contoh; cat> pengecat, had>pengehad, kod> pengekod, tut> pengetut. Bagaimana pula dengan pengelibatan....sedangkan KELIBAT tiga suku kata dan tiada kata GELIBAT dalam BM. Terima kasih | Imbuhan peN...menjadi penge...apabila bertemu dengan perkataan yang berawalan k, p, t, dan s, termasuk dengan perkataan kelibat menjadi pengelibatan. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
mengapakah perkatan seperti cekodok, kerongsang, teropong, tidak dieja mengikut pola keselarasan vokal? | Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Oleh itu, kata cekodok, kerongsang dan teropong adalah mengikut pola keselarasan vokal. | Tatabahasa | 08.08.2008 |
Assalamualaikum tuan, Saya mempunyai dua kemuskilan 1.Bagaimana mengeja parkataan pakaian.Adakah dua sukukata atau tiga. 2.Mak Usu,Mak Long adakah kata nama khas atau kata nama am atau kata gelaran | 1. Ejaan pakaian tiga suku kata - pa.kai.an tetapi disebut dengan dua suku kata - pa.kaian 2. Mak usu, mak long ialah kata nama, kecuali Mak Usu Limah dan Mak Long Siti ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 31.01.2012 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan huruf Hamzah dalam tulisan Jawi. Bagaimanakah yang dimaksudkan kedudukan Hamzah 3/4 dari huruf Alif. Bagaimanakah cara skala kedudkannnya dikira. Sila Lihat attachement untuk maksud kepada soalan saya ini. | Kedudukan Hamzah 3/4 sebenarnya tidaklah perlu terlalu terperinci sangat dari sudut kedudukannya. Penamaan diberikan 'tiga suku' diberikan hanya untuk membezakan fungsinya dengan Hamzah yang lain (kedudukannya). Sekiranya ukuran ini perlu untuk keperluan teknikal, kedudukan yang tepat ialah Hamzah 3/4 dalam rajah yang kedua (bawah). Kedudukan ini telah dibincangkan dalam jawatankuasa khusus bersama MOSTI (melalui MyNic) untuk diusulkan ke 'Unicode'. | Lain-lain | 11.09.2009 |
Kalau mengikut persukuan , daun mempunyai dua suku kata dan dipenggalkan sebagai da-un. Bagaimana dengan perkataan 'pear'. Adakah dipenggalkan sebagai pe-ar? Bagaimana dengan perkataan 'dinosaur'. Dipenggalkan di-no-sa-ur? Betul? Saya tidak mahu penggal mengikut sebutan, saya hendak pemenggalan mengikut persukuan/ejaan. Bagaimanakah perkataan dinosaur disebut? Suku kata akhir 'saur' disebut seperti 'sa-ur' atau spt dlm bahasa Inggeris - 'sor'? | Perkataan pear mempunyai satu suku kata sahaja, iaitu pear. Manakala dinosaur pula mempunyai tiga suku kata, iaitu di-no-saur. | Lain-lain | 20.07.2010 |
Bagaimana hendak menentukan kata kerja itu berbentuk kata kerja tunggal atau tidak? Mengapakah kata kerja 'duduk' itu dianggap kata kerja tunggal tetapi tidak dengan 'berdiri'? Terima kasih. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. | Tatabahasa | 23.10.2013 |
selamat sejahtera, 1. Kakak memerah kain itu. Kakak menyidai kain itu di ampaian. ayat majmuk: 1.Kakak memerah kain itu lalu menyidai kain itu di ampaian atau 2.Kakak memerah kain itu lalu menyidai di ampaian. 2. Adam merendam bajunya. Bajunya sangat kotor. ayat majmuk 1. Adam merendam bajunya kerana bajunya sangat kotor. atau 2. Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. soalan saya, adakah kedua-dua ayat majmuk itu boleh diterima? 3. perkataan 'dua' , 'daun' -adakah dikategorikan dalam golongan dua suku kata atau satu suku kata? 'buaya' - dua atau tiga suku kata? 4. bersoal jawab dijarakkan atau bergabung? sekian, terima kasih. | 1. Ayat majmuk yang gramatis ialah Kakak memerah kain itu lalu menyidainya di ampaian. 2. Ayat majmuk yang gramatis ialah Adam merendam bajunya kerana sangat kotor. 3. Perkataan 'dua' dan 'daun' - satu suku kata, perkataan 'buaya' - dua suku kata. 4. Ejaan yang betul ialah bersoal jawab. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008). | Tatabahasa | 21.05.2009 |