Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.li/] | تيليق

Definisi : pelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pan­dangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah se­suatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitu­lah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawas­an, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenar­nya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.li/] | تيليق

Definisi : ; menilik 1 melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti: Ia berdiri di hadapan cermin dan ~ wajahnya puas-puas. 2 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menenung; meramalkan: Kononnya orang tua itu ahli nujum yg pandai ~ nasib orang. tilikan 1 pandangan atau penglihatan yg sungguh-sungguh. 2 hasil menilik; tenungan; ramalan: Mengikut ~ ahli nujum, putera itu akan menjadi raja yg masyhur. penilikan perbuatan atau hal menilik; penenungan. penilik orang yg (pandai) menilik; tukang tilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilik
Kata Terbitan : menilik, tilikan, penilikan, penilik,

Puisi
 

Anak itik anak angsa,
     Anak menyusur lumut di batu;
Jangan ditilik orang berbangsa,
     Tilik akan dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang.Tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu.Tatabahasa23.12.2016
Tuan, adakah apitan ter-...-kan dan ter-...-i dalam bahasa Melayu yang bermaksud "dapat dibuat sesuatu"? Yang saya maklumi bahawa hanya awalan ter- yang bermaksud "dapat membuat sesuatu". Pinta tilik WordPad yang terlampir oleh saya untuk mendalami kajian saya.Tuan,
Dalam buku Tatabahasa Dewan, tiada apitan ter-...kan atau ter-...i.  Yang ada hanya awalan ter-
Tatabahasa19.12.2016
Selamat memperjuangkan bahasa baku, tuan. Adakah "menanya" bentuk sempurna sebagai perbuatan melamapu ataupun perlu ditambahi akhiran-i untuk menjadi "menanyai" barulah berkuasa perbuatan melampau, iaitu perbuatan yang mengenai penyambut? Sila tilik WordPad untuk mendalami kajian saya. Wordpad surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, di sisi itu, saya memerlukan keahlian tuan DBP juga, oleh itu saya juga mengutus surat ini kepada tuan.Merujuk Kamus Dewan, perkataan menanya juga membawa maksud menanyai. Kedua-dua kata terbitan ini berfungsi sebagai kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk menyempurnakan ayat.Tatabahasa18.12.2016
(Ini utusan kedua saya setelah saya membetulkan WordPad soal Orang Diamanahkan atau Orang Diamanahi itu) Tuan, adakah "mengamanahkan" boleh digunakan untuk orang? Tetapi dengan penggunaan demikian, maksud yang lahir bahawa orang dijadikan amanah! Sila tilik WordPad saya untuk memahami sebab bahawa "mengamanahi" lebih tepat digunakan untuk penyambut penerima orang.Untuk makluman tuan, tidak ada maklumat tentang penggunaan perkataan mengamanahkan untuk orang seperti yang tuan harapkan; dan tidak ada kata terbitan "mengamanahi" dalam pangkalan data kami. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sebarang dapatan baharu sila kemukakan kepada Bahagian Perkamusan, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Salmah Jabar (salmah@dbp.gov.my). Khidmat Nasihat Bahasa sebagai medium menyalurkan maklumat yang terdapat dalam pangkalan data kami dan bukanlah pihak yang berwenang untuk berhujah dan menerima kata/istilah baharu.Makna23.12.2016

Kembali ke atas