Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-Pengarah | Tatabahasa | 10.09.2008 |
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah? | Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ? | Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. | Lain-lain | 22.02.2008 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
Mana yang lebih tepat untuk nama jawatan. 1) Timbalan Bahagian Penyelidikan 2) Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan | Nama jawatan yang tepat ialah Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan. | Istilah | 19.08.2009 |
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti? | Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah. | Makna | 20.01.2011 |
Apakah bezanya istilah `Timbalan``naib` dan `penolong` untuk sesuatu jawatan? Contohnya, perbezaan antara `Timbalan Presiden`dengan` Naib Presiden` atau dengan `Penolong Presiden-(jika ada)? | Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong kepada, timbalan; penolong bermaksud orang yang menolong (membantu,dll), pembantu. | Makna | 22.07.2008 |
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua. | Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) | Tatabahasa | 08.04.2015 |
Struktur manakah yang betul bagi gelaran jawatan 'Timbalan Ketua Pustakawan Kanan' atau 'Timbalan Kanan Ketua Pustakawan'? Mohon sedikit penjelasan. | Struktur yang betul ialah "Timbalan Ketua Pustakawan Kanan". | Lain-lain | 21.04.2016 |
Saya merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan saya keliru dengan penggunaan jawatan berikut serta jawatan yang mana lebih tinggi mengikut turutan yang betul: 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Naib Presiden Atau 1)Presiden 2)Naib Presiden 3)Timbalan Presiden Atau 1) Presiden 2) Timbalan Presiden 3) Naib Presiden Apakah cadangan jawatan yang paling tepat untuk menggambarkan orang kedua dan ketiga terpenting? | Menurut Kamus Dewan, timbalan bermaksud penolong ketua, naib; naib bermaksud pengganti, wakil atau penolong. Tidak ada perbezaan ketara dari segi bahasa. Perbezaan hierarki jawatan wujud dalam organisasi yang menggunakannya. Dalam kebanyakkan struktur organisasi politik, sukan dan pertubuhan di Malaysia strukturnya ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden (Naib Presiden boleh lebih daripda satu kerusi) contohnya UMNO dan FAM. Jika organisasi memilih menggunakan naib presiden sebagai orang kedua, strukturnya ialan Presiden, Naib Presiden dan Timbalan Naib Presiden. Di institusi pengajian tinggi pula, struktur organisasinya ialah Canselor, Naib Canselor dan diikuti Timbalan Naib Canselor. | Makna | 28.01.2014 |