mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah? | Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. | Lain-lain | 22.12.2009 |
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ? | Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. | Lain-lain | 22.02.2008 |
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabalu | YAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP. | Lain-lain | 10.09.2007 |
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa? | Saudara, Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor. Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). | Tatabahasa | 13.08.2010 |
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA | Saudara, Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri | Tatabahasa | 15.06.2010 |
Apakah kata panggilan hormat (mengikut turutan) untuk digunakan dalam kata alu-aluan dalam mengacarakan sesuatu majlis? | Panggilalan hormat mengikut pangkat dan gelaran seseorang dalam majlis tersebut, contohnya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri disapa dengan panggilan Yang Amat Berhormat, susunannya seterusnya melihat kepada gelaran yang diterima daripa sultan atau Yang di-Pertuan Agong dan melihat juga pada situasi majlis tersebut sama ada anjuran kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Lain-lain | 20.04.2009 |
Sila berikan saya contoh penggunaan kata nama dalam surat ; Yang Berbahagia Dato. dan untuk perkataan seperti yang amat berhormat digunakan pada masa bila, dan apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk perkataan seperti Tan sri, Datuk Seri, Tuanku , Tengku | Yang Amat Berhormat digunakan sebagai sapaan bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, dan Ketua Menteri. Sapaan untuk Tan Sri, Datuk Seri digunakan Yang Berbahagia, manakala bagi Tuanku dan Tengku disapa sebagai Yang Mulia. Kata Mulia digunakan secara tetap pada ungkapan yang merujuk sultan atau raja yang memerintah atau keluarga diraja. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Kita, tulisan Encik Ismail Dahaman untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti? | Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah. | Makna | 20.01.2011 |
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh Seylan | YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB. | Lain-lain | 23.06.2011 |
Terima kasih kerana memberikan jawapan yang cepat untuk soalan saya sebelum ini. Saya amat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Berikut ialah soalan-soalan baru daripada saya. Sekali lagi, saya mohon maaf kerana ketika ini saya sebarang buku yang boleh dijadikan rujukan. Sila ambil masa yang yang perlu kerana saya tidaklah tergesa-gesa. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan kingdom ialah kerajaan, alam atau dunia. Penggunaan padanan ini bergantung pada maksud atau konteks penggunaannya. Bagi menjawab soalan saudara tentang penggunaan perkataan ini bagi negara Rusia dan Jerman saudara boleh membuat rujukan dalam buku atau makalah tentang sejarah negara-negara tersebut untuk mendapatkan istilah sebenar yang digunakan. Tentang ejaan nama-nama tempat di luar negara hanya nama yang sudah biasa digunakan dieja dalam bahasa Melayu seperti Jepun, Rusia, Perancis. Selain itu tetap dieja seperti ejaan dalam bahasa Inggeris. Saudara boleh merujuk pihak Wisma Putra untuk maklumat lanjut. Kata ganti nama ia boleh digunakan. Perkataan Perdana Menteri tidak menjadi menteri perdana kerana penggunaan ini merupakan kecualian peraturan D-M. iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contoh lain ialah timbalan menteri, naib presiden, ibu pejabat dan pembantu penyelidik. | Lain-lain | 04.07.2008 |