Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Udg) cara penyelesaian perte­lingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yg telah dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yg diper­setujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbang tara pihak ketiga yg menye­lesaikan sesuatu pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan di-selesaikan dgn menggunakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum". Betulkah penggunaan perkataan ditimbangtarakan dalam ayat ini? Saya ingin menggambarkan dalam bahasa Arabnya al-takyif al-fiqhi. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan timbang tara bermaksud cara penyelesaian perte­lingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yang telah dipersetujui oleh pihak yang bertelingkah. Berdasarkan makna tersebut penggunaan kata timbang tara tidak tepat dalam konteks ayat "Dalam kajian ini, masalah semasa akan ditimbangtarakan dari sudut fiqah dengan asal hukum", perkataan yang lebih tepat ialah diselaraskan atau disesuaikan.Tatabahasa09.02.2011

Kembali ke atas