Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud apitan kata kerja diper...kan?

Redapat dua pengetian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu:

i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu.

 ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain.     

 Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214.

Tatabahasa10.06.2009
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan.

Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa07.12.2011
Salam 1 Malaysia, Soalan saya adalah seperti berikut : 1) Wujudkah perkataan "dipertugaskan"? 2) Bagaimanakah cara menggunakan imbuhan "diper .... kan"?1. Tidak. 2. Terdapat dua pengetian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu: i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu.
ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214.
Tatabahasa05.02.2013
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata imbuhan diper____kan. Apakah situasi yang membolehkan penggunaan kata imbuhan tersebut. Contoh untuk tanggungjawab. adakah betul penggunaan "dipertanggungjawabkan"? terima kasih di atas jawapan.

Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu:

i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu.

 ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain.     


Perkataan dipertanggungjawabkan boleh digunakan.

 Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214.

Tatabahasa07.06.2016
Kata-kata yang menerima awalan “memper-” tidak perlu menerima akhiran “-kan”, kerana maksud “menjadikan”. Bagaimana pula dengan awalan "diper". Adalah awalan tersebut juga tidak menerima akhiran kan. Cth: diperluas atau diperluaskan. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

Terdapat dua pengertian khusus yang timbul melalui penggunaan apitan diper-...-kan dengan kata dasar, iaitu:

i. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, contohnya dipertemukan - dijadikan atau disebabkan bertemu, dipersatukan - dijadikan atau disebabkan bersatu.

 ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Contonya diperdengarkan - menyebabkan sesuatu didengar oleh orang lain, diperlihatkan - menyebabkan sesuatu dilihat oleh orang lain.    

 Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Ketiga, halaman 214.

Tatabahasa19.03.2015
tolong berikan maksud remaja dan maksud masalah sosial, cara untuk menangani dan punca mslh ituMengikut Kamus Dewan remaja antaranya bermaksud mulai dewasa,sudah akil baligh,sudah cukup umur untuk berkahwin. Sosial bermaksud i. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat,kemasyarakatan. ii. berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti masa lapang 3. suka bergaul dan bermesra. Masalah sosial bermaksud masalah yang timbul daripada pergaulan dalam masyarakat. Dari segi cara untuk menangani dan punca masalah ini sdr. bolehlah membuat rujukan dalam majalah atau akhbar tempatan yang membincangkan perkara ini.Makna30.07.2007
Mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu? (merujuk dalam buku tatabahasa terbaharu)Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba mrnerangkan lebih kepada keadaan. (Contoh perlahan-lebih kepada cara atau gaya).Lain-lain09.03.2007
Berdasarkan Tatabahasa Dewan bahagian 9.2.3.9 Kata Adverba, contoh ayat 417. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang. Mengapakah frasa 'besar panjang' tidak dikategorikan sebagai frasa adjektif binaan dua perkataan, sebaliknya hanya 'besar' dikatakan kata inti dan 'panjang' dikatakan sebagai kata adverba?

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara, iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba menerangkan lebih kepada keadaan.

Tatabahasa18.06.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang jawapan yang diberi untuk pertanyaan yang ditanya dalam Khidmat Nasihat baru-baru ini: Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. sangat amat tinggi 2. sangat tinggi amat 3. sangat sungguh tinggi 4. sangat tinggi sungguh 5. sungguh tinggi sangat 6. terkenal sekali 7. paling popular sekali 8. amat indah nian 9. sungguh indah sekali Jawapan yang diberikan ialah: Frasa yang betul ialah "Terkenal sekali". Bukankah Kata Penguat "ter" dan "paling" tidak boleh digunakan secara serentak dengan "sekali"? Jawapan yang diberikan agak mengelirukan...Pola darjah penghabisan yang betul ialah:
(i)  se- + kata adjektif + gadaan + kata nama (sepandai-pandai tupai)
(ii) ter- + kata adjektif (terpandai)
(iii) paling + kata adjektif (paling pandai)
(iv) kata adjektif + sekali (pandai sekali)
(v) ter- amat/sangat + kata adjektif  (teramat pandai)
(vi) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat pandai sekali)

Tiada contoh frasa yang diberikan menepati cara-cara di atas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.
Tatabahasa08.03.2022

Kembali ke atas